Thursday, December 24, 2009

:: Bedung & Barut ::

In Malay community, bedung n barut is a must for newborn babies. Dulu2, bedung & barut buat sendiri, whether beli kain ela or pakai kain batik. But, skrg, semuanyer senang.. Beli ajerk.. berlambak2 kat kedai, with size and corak.. bertali or zap on..

As told by my MIL, barut tu tujuannyer utk elak perut kembong, so, takdela baby meragam sakit perut masuk angin. While, bedong plaks bagi elakkan die tido terkejut2, so, selesa le skit tido, mcm ala2 dalam perut ibu, gitu.

Actually, bedung & barut ni, tak masuk pon dalam my to-buy-list. Memang tak terfikir langsung. Terfikir pasal barut pon sbb SIL pesan kat aku supaya tak payah beli sbb nanti die bagi. Lepas tu, baru aku beli 2 barut utk top up barut yg SIL aku bagi.

Bedung plaks, aku beli sbb terjumpa time window shopping secara online. Aku beli 2 bedung yg zap on tu, brand bumble bee and the First Year. Time tu, tak tau plaks bedung ni kene pakai hari2. So, fikir 2 tu cukup ler. Luckily, aku beli 2 bungkus kain lampin, yg sebenarnye time beli tu, aku taktau apa tujuannyer. Rasa macam benda tu wajib beli jerk. Aku siap tanyer lg kat member aku, apa tujuannyer beli lampin and member aku jawab, ala... nak buat lap2.. Terfikir pasal lampin ni boleh dibuat bedung pon sebab kat spital, nurse tu bedungkan baby gune kain lampin.. ehehhe..

Sebenarnyer kan, bedung n barut ni, orang Melayu je ke yang guna? Ke seantero dunia pakai? Aku agak, bedung ramai gaks org pakai, termasuk omputih.. sebab tu dah kuar yg modern punyer..

Tp kan, tak rasa kurang cute ke anak kiter biler pakai bedung n barut? Ke aku je yg rasa macam tu ? Agak2 biler erk anak aku bleh stop pakai bedung n barut ni? Lepas abis pantang ker? Tak suke tgk le baby pakai bedung n barut ni. Hmm...

Tuesday, December 15, 2009

:: Potong Kuku ::

Gara2 aku kene cirit birit a day before bersalin, aku tak sempat nak potong kuku.. Kuku memang panjang ler.. Sangat rimas, ok! So, biler balik rumah MIL, aku sibuk le carik nail clipper.. Tp, MIL aku tak kasik potong sbb dia kata dosa potong kuku sbb still tak suci dari darah nifas.. Setahu aku, hukumnya makhruh and lagi afdal if simpan kuku2 tu and basuh time mandi wajib nanti. Lagipon, if simpan kuku panjang2 kan tak elok, ada org kata nanti setan bergayut kat kuku yg panjang2 tu..

Then, kakak ipar aku plaks cakap, tak boleh potong sebab mak mertua dia kata, nanti bentan.. Hmm, aku tak pernah pon tau apa2 benda yg bleh wat bentan kat ibu2 dlm pantang nie..

Tp, takkan sbb takot bentan, aku nak biarkan kuku aku yang panjang nie pegang anak aku, kan? Kalau tercucuk kulit baby yg lembut tu camner? If kuku panjang, of course ler akan terselit2 anasir2 kotor kat celah2 kuku tu, pastu time makan, aku selamat telan, pastu jadik susu ibu.. camner?

In the end, aku telah berjaya potong kuku senyap2 dalam bilik time sume orang tgh melepak2 tgk tv kat bawah.. huhuh.. tp, aku simpan le kuku tu utk dibasuh time mandi wajib nanti.. betul kan tindakan aku ni??

p/s: off topic sat, aku still konpius tentang mandi wiladah.. kene wat after bersalin or after darah nifas habis...

Friday, December 4, 2009

:: Journey to BF ::

Since the day I know that I'm pregnant, I'm so determined to fully BF my child.. Buat a lot of research and readings to prepare myself. Beli all the stuff to support my intention such as breastpump, breast cream, EBM storage bottle etc.

Tapi, sebab schedule yg sibuk (mostly sbb hubby kene keje time weekend), we didnt manage to attend any antenatal class nor BF class. Hmm, menyesal sangat tak pegi awal2. Sebab, konon2, nak pegi bile dekat2 due.. tup2, tak sempat.. hmm..

As I undergo planned C-sect, so, mmg takde all the contractions sumer. And, the result is susu pon tak kuar immediately after birth. Sedih giler, ok. First day tu, mmg boleh kata susu totally tak keluar. Time bersalin pon, nurse just kasik tgk baby jerk, takde pon letak baby atas my B to stimulate the milk.

Lepas keluar dari OT, terus naik ke bilik and suruh nurse bawak baby. Tgk2, baby dah selamat mandi sumer. Pastu, bleh plaks nurse tu kata, tadik baby nangis teruk sangat, so, kitorang bagi FM. Argh!! Bengang giler, ok time tu! Seb baik ler ubat bius tak ilang lagik.. so, aku tak larat nak ngamuk. Tensen sangat, even dah awal2 pesan that I want to fully BF.

Since day 1, I try so hard to BF the baby. Tp, sebab takde pengalaman n praktikal... I failed! Rasa mcm total loser! Everytime, baby nanges, mmg try so hard to BF the baby, tp tak berjaya. So, dgn linangan air mata, terpaksa le panggil nurse utk bagi FM to baby Zarif. Everytime baby Zarif minum FM, I feel so guilty. Sorry, Zarif.. mummy tak mampu nak bagi Zarif minum breastmilk from day 1.

Day 3, time dr Noraini datang melawat, aku pon mengadu le kat dier yg my milk tak keluar. Dia pon urut2 ler my B, and picit2.. Alhamdullilah.. keluar le kolostrum. Time tu, rasa bahagia giler! Yerlah, dari day 1 dah sedih2 ingatkan aku ni termasuk dalam golongan yg tak mampu nak bagi susu ibu kat anak sendiri. Tp, biler tgk kolostrum tu, rasa sangat2 happy.

But, the journey doesn't end there. Balik rumah MIL kat kepong, timbul lain nye challenge pulaks. Yerla, my susu still tak banyak. So, 1st night tu, mmg baby menangis menjerit2 sbb tak puas minum susu. Due to pressure from MIL yang tak fully support BF due to lack of awareness and sebab kesian tgk my baby nanges tahap jerit2, aku pon suruh ler hubby bancuh FM. Menanges lagik aku biler tgk hubby bagi FM.

Mmg everytime my baby minum FM, aku tak sampai hati nak suapkan. Everytime tu ler, aku menangis sbb sedih tgk anak sendiri terpaksa minum susu lembu. Zarif, mommy mintak maaf yer...

Day 4, aku try perah susu.. lama giler pump.. just dapat 1 oz jerk.. Walhal, the baby needs 2 oz every feeding. Sedih sangat2. Tp, aku tak putus asa.. at least, ada le improvement kan. So, time malam tu, kasik 1 oz EBM and 1 oz FM. Menangis lagik aku tgk anak aku yg tgh teresak2 nanges kelaparan, dgn lahapnyer menyambar botol susu tu...

Alhamdullilah, berkat doa and kesabaran aku n hubby, tunjuk ajar from my beloved frens, doa from my parents kat Mekah and support from hubby, family n frens.. baby Zarif no longer drinks FM since day 6! Yeay! Time umor 6 hari, aku berjaya fully BF baby Zarif..

Now, genap le 10 hari baby Zarif tak merasa FM. Aku berdoa agar susu badan aku ni semakin productive so that boleh fully BF baby Zarif till 2 years old. I know it's not easy and required a lot of effort, but, I'll try my best!! Wish me luck!

p/s: baby Zarif kira tak masuk dalam kategory exclusively breastfeeding ker sbb die dah minum FM time day 1 till day 5?

Monday, November 30, 2009

:: Officially Mommy ::






Yes.. Akhirnya aku telah selamat bersalin :)

Terlampau banyak bende nak update.. tp, disebabkan kesibukan melayan anak bujang ku seorang ni, rasanyer better make it short and simple..

Sunday, November 15, 2009

:: EyesOfGrace

Tinggal 3 hari saje lagik before perutku dibelah oleh doctor..

Apart of me, rasa sedih jerk sebab lepas ni, perut dah tak buncit dah.. dah takde baby bum.. tak boleh bawak my baby pegi everywhere I go.. But, luckily, we made a good decision to capture my pregnancy dengan EyesOfGrace.. Yerp, picture is worth a thousand smile. Now, I know, bila2, rasa rindu saat mengandung, boleh tgk balik gambar2 ni semua..


Created with Admarket's flickrSLiDR.

Thanks Kak Zubye for all the gorgeous pictures! (ini bukan bermakna saya kata saya gorgeous, ye.. ehehehhe)

To all my frens, eyesofgrace is highly recommended! ! !

p/s: banyak sebenarnyer nak tulis.. tp tgh penat.. :)

Tuesday, November 10, 2009

:: Caesarean? ::

I believe most of mommy berharap dapat bersalin normal, regardless how much pain she need to suffer. Tak kesah rasa sakit contraction, experience pecah air ketuban, tension dgn nurse yang asyik datang check dah bukak berapa cm, yadayada. Bak kata orang, janji orang tgh sakit bersalin tak boleh dipercayai. Yerla, time tengah sakit2 tu, selalu nyer, mommy yg tgh dalam kesakitan tu rasa tobat taknak beranak lagik.. Tapi, once the baby is out, hilang sume rasa sakit tu. Yes, I don’t have the experience, tapi, I can understand perasaan diorang.

Nampaknyer, aku takkan dapat merasa all those contraction, pecah air ketuban, tunggu bukak 10cm etc. Memang dah ditakdirkan that I’ve to go thru C-sect for my first baby. Apa nak buat, baby still breech even dah 38 weeks. Kepala dia tak boleh engaged most probably sebab tali pusat duk kat leher dier. According to the doctor, yang lain2 sumenyer OK.. air ketuban cukup, tali pusat kat atas, tekanan tali pusat n air ketuban ok, baby movement pon normal. Maybe, it’s just my fate to experience c-sect.

Waktu mula2 dapat tau tu, mmg sedih sangat. Sampai terlintas dalam kepala, kenapa aku tak boleh bersalin normal macam orang lain? Aku banyak buat dosa dgn hubby ker? Pastu, rasa takut pulak datang. Selamat ker operate ni. Will my baby survive? Will I survive? Then, datang pulak all those negative thoughts (typical me yang sangat pessimistic) Cepat2 isytifar.. buang all those negative thoughts jauh2.

Then, I start do a lot of readings n research pasal breech baby, c-sect and all. Just to prepare my mind, so that, I can expect what’s going to happen and gain relevant knowledge. Baca what’s the pros and cons. Baca apa2 yang perlu prepared, macam mana nak jaga dalam pantang, apa yg perlu dibuat or avoided, macam mana nak BF baby after c-sect. In fact, I watch video of c-sect operation so that time dalam OT tu, I know apa yg doctor tengah buat. Ramai cakap, kenapa tengok video2 tu, tak takut ker? But, for me, daripada aku fikir bukan2, baik aku tau exactly what’s happening, betul tak?

My frens n family pon banyak assist utk menguatkan semangat aku. Apa2 rasa doubt jerk, aku tanyer kawan2 (u know who u are) yang pernah undergo c-sect ni. Pastu, if apa2, I just call my mum and ask sbb mak pernah kene operate sekali. Pastu, time rasa down and takut datang, hubby tanpa jemu pujuk aku n cakap everything gonna be OK. Yes, I owe my hubby, my family and friends a lot! Kalau tak, mesti aku dah gelabah giler dah.

Then, lastly, after all that, I start to accept the fact that aku akan bersalin thru caesarean. In fact, sometimes aku bersyukur. At least, awal2 lagi I know that kene operate, instead of emergency Caesar sbb complication time delivery tu. I also can plan my work schedule, boleh properly handover my work to my officemate before cuti bersalin, boleh inform all relevant party that I’m going for maternity leave on this date till that date. Plus, tak perlu risau2, bila contraction tu datang time tgh driving ke, tgh sorang2 kat rumah ker. Tak perlu rasa sakit contraction (given the fact that aku mmg tak tahan sakit, skit2 nanges). Tak payah kelam kabut packing and pegi spital if dah sampai time bersalin. Disebabkan caesarean yg pre-scheduled ni, I can totally plan my day (soooooo me!!!).

And yes, saya bukannyer tak takut nak bersalin secara operate and bukannya taknak normal, but, saya redha dengan takdir. Saya tau, Allah lebih mengetahui…

Doakan saya yerk…

p/s: Saya akan bersalin di Pusat Perubatan Az-zahrah on 18 Nov (sebulan lepas my birthday..yeay) at 8am. Masuk wad on 17 Nov, 10pm.

Thursday, October 22, 2009

:: Tekad ::

Saya bertekad bahawa saya akan settle kan hal-hal ini pada minggu ini :

1. Basuh sumer baby cloth
2. Sterilize benda2 yang perlu
3. Pack my Emergency Hospital Bag

Actually, 2-3 hari lepas, hubby dah sibuk2 nak basuh baju2 baby Zarif. Tapi, due to baju2 lain yang berlambak menanti untuk dibasuh, so, terpaksaler membatalkan niat murni tu.

Oleh kerana hubby bekerja pada hari sabtu ni (hopefully, dapat ler half day), saya selaku isteri mithali (suka2 hati je mengaku mithali), untuk mengisi ruang2 bosan, this’s my plan :

Sabtu
10.00am Bangun tido (cover balik tido yg tak cukup sepanjang minggu)
11.00am Sort out baju2 baby yang perlu dibasuh
11.10am Masukkan dalam laundry bag n campak dalam mesin
12.00pm Sidai
12.30pm Keluarkan strelizer and barang2 yang perlu sterilize
12.45pm Start proses sterilization
1.00pm Hubby balik dari ofis, gosok baju
1.30pm Solat Zohor
2.00pm Kuar makan
3.00pm Pegi Istana Budaya utk collect ticket Cuci-The-Musical
8.30pm Watch Cuci-The-Musical

So, hari ahad mmg reserve utk pack my Emergency Bag.. This is list of barang2 yg perlu:

  1. 2 pasang baju mommy
  2. 2 helai tshirt daddy
  3. 4 pasang baju baby (2 long sleeve & 2 short sleeve)
  4. 2 pasang booties & mittens
  5. Hooded baby blanket
  6. 1 swaddling blanket
  7. 2 handkerchiefs
  8. 3 helai tudung (kene match ngan uniform spital)
  9. 3 pasang kain batik
  10. 1 sweater
  11. 3 socks
  12. 3 nursing bra
  13. 6 mommy panties
  14. 10 maternity pad
  15. 5 nursing pad
  16. 2 Towel for mommy & baby
  17. Toiletries
  18. Mommy grooming set (make up, comb, hair band, perfume)
  19. Cream/ Ointments (gamat, capkapak, nipple cream, yuyi, dapolene)
  20. Hospital card & Insurance card
  21. Plastic bag & laundry bag
  22. Yassin & small doa notebook
  23. Camera

Tak sure kene bawak ke tak :

  • Food container & flask
  • Baby diapers (rasanyer pakai yg spital nye kan?)
  • Breast pump & friends (in case baby taknak direct feeding)
  • Food (biscuits, air kotak, milo etc)
  • DVD & magazine (bagi hilangkan boring & rasa sakit time contraction)
  • Pacifiers
  • Car seat (takdela masuk dalam bag kan?)
  • Nursing pillow (bleh gaks gune as pelampung dalam kete)

Hmm.. muat ke bag aku tu? Huhuhuuhuh… Luckily, Az-zahrah tu sekangkang kera je dengan rumah aku.. So, if tertinggal apa2, boleh ler hubby balik rumah sekejap…

Hopefully, boleh ler settle packing Emergency Bag ni by this week.. Yerla, mana tau if tetiba baby Zarif ter’pop-out’ awal kan??

p/s: tak sabar nak tgk Cuci-The-Musical!

Monday, October 19, 2009

:: Birthday ::


Happy birthday to me..
Happy birthday to me..
Happy birthday to me..

Ye, semalam, saya sudah 27 tahun.. huhuuh.. dah 27 tahun idop kat dunia nie.. Tepat kol 12 malam on 18 October.. my hubby sedap jerk tido.. tak wish pon.. kecik hati... Tapi, rupa2nyer, die saje jerk nak tgk my reaction.. Pagi2 lepas subuh, die bangun n kuar g beli breakfast (sebab my parents datang rumah kitorang time tu) and balik2, die bawak nasik lemak and cupcakes.. huuhuh.. rupa2nyer, die sorok cupcakes kat rumah teddy di sebelah and mmg plan nak celebrate with my parents :) Thanks, dear for everything.. i like it soooooooooooooooo much :)


cupcakes yang comel..

card yang sweet but naughty!

i love this handbag!

One more thing, saya dapat cousin baru 2 days ago.. My maksu selamat bersalin on 17 Oct (baby deepavali le plaks) 3.6kg baby girl... Nampaknyer baby Zarif nanti ada makcik yang tua sebulan ler...


Finally, (kuar dr tajuk sat), all barang2 baby Zarif dah selamat dibeli.. mummy pon dah tak larat nak bershopping2.. rasanyer dah lengkap ler segala2nyer...

Pending to-do-list still tak bergerak2... adeh adeh..
1. Basuh sumer baby cloth (machine wash, aci kan? letak le dalam laundry net tu)
2. Sterilize benda2 yang perlu eg. pacifier, bottles, comb etc
3. Pack my Emergency Hospital Bag
4. Attend antenatal class
5. Maternity Photoshoot (scheduled on 31st Oct)6. Facial (blame the hormone, seriously, I need facial!)
7. Potong rambut (malas nak rambut panjang time pantang)
8. Packing barang2 nak bawak g rumah MIL sebab akan berpantang di sanaCheck2 balik entry dalam blog n facebook, rupa2nyer takde pon upload gambar raya.. so, rasanyer tak lambat sgt kan nak upload.. lgpon, harini last day rayer, kan?

sayang insist nak bergambar with this background.

my family-in-laws

p/s: cuba teka, gambar ni gambar siapa?



Saturday, October 10, 2009

:: Nasi Ayam ::

Lama rasanyer tak update entry pasal makanan.. Last Thurday, aku kene pegi kursus Handling Difficult Customer kat MMC, Jalan Semarak.. Tatau le apa kene ngan lecturer tu aritu, she finished mengajar before lunch. So, obviously, jgn harap ler aku n the rest nak balik ofis.. Trus balik rumah ler...

Actually, nak masak nasik ayam ni before raya lagik.. tp, ada jerk perasaan malas yg datang melanda.. So, that day, alang2 balik awal, perasan rajin tu pon datang...

Resipi Nasi Ayam

Cara:

1.Buat stok ayam dulu...
Tumis bawang putih & halia
Masukkan air, ayam, sup bunjut and kiub ayam

2. Masak nasik..
Cairkan butter (bleh gak pakai garlic butter spread) dlm rice cooker
Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis, jintan etc
Goreng beras skit
Masuk air stok ayam

3. Ayam
Tos ayam dari stok ayam tadik
Perap with anything yg relevant (kicap/seasoning/sos tiram/madu etc)
Goreng

4. Kicap
Tumis bawang putih
Masukkan kicap and stok ayam

5. Sos
Blend lada merah
Tumis lada merah tu and bawang putih
Masukkan stok ayam

6. Sup
Masukkan bawang merah kat dalam stok ayam tadik
Masuk garam, black n white pepper
Nak lg sedap, masukkan chicken ball
Tabur daun bawang and daun sup

7. Others
Bawang goreng
Timun
Tomato
Salad


Dah siap.. basically, senang jerk buat nasik ayam ni sebab tak payah dok lama2 kat dapor.. campak bahan2 dalam periuk jerk.. hehehhee

p/s: saya malas nak upload gambar :D

Saturday, October 3, 2009

: Chaiyo Chaiyo ::

Kenapa skrg ni aku malas giler nak update blog.. By the time timbul mood utk update, dah jadik basi dah sumer2

Pejam celik.. dah 8 bulan dah Zarif ni duk dalam perot aku.. huhuuh.. Dah semakin aktif dah.. But, so far, still not in position for labour lagik...

Tak sabar rasanyer nak meet eye-to-eye with baby Zarif! Nak cium dia puas2, nak tgk muka dia puas2, nak belai dia puas2, nak dokong dia puas2, nak BF dia cukup2.. Aaaargggh.. just can't wait to be a mother...

But, a part of me, doa2 jgn le dia kuar cepat sangat.. at least tunggu bulan Nov ler.. Kenapa? Sebab tons of work kat office yang pending! Byk lagik 2009 Lis of Task To Be Completed tapi tak siap lagik.. Skrg ni, kat ofis, if ada apa2 kerja yg kene buat, sume boss aku tanyer, sempat kan nak siap before u beranak? Pastu, dah ler tgh banyak Hot Issue yang perlu disettlekan.. Bape kali dah aku cakap kat boss aku, 'Ni mau saya terberanak awal kalau macam nie' hehehehhe

Hmm, malas dah ler citer pasal keje... Just hope dah everything works well :)

Persiapan utk baby Zarif? Actually, ada a few lagik barang yang dah beli tapi tak update pon dlm blog. Contohnyer Nona Roguy Confinement Set, sleeping Net and Baby Diapers Bag (tp sementara tu, jadik bag hubby bawak g opis.. hehehe). To-Do-List yang pending :
1. Basuh sumer baby cloth (machine wash, aci kan? letak le dalam laundry net tu)
2. Sterilize benda2 yang perlu eg. pacifier, bottles, comb etc
3. Pack my Emergency Hospital Bag
4. Attend antenatal class
5. Maternity Photoshoot (sbb tight schedule aku, asyik bertukar2 jer date tu)
6. Facial (blame the hormone, seriously, I need facial!)

Plus, ada a few lagik barang2 baby Zarif yang belum kitorang beli.. to be completed in Oct 09 :)
1. Baby towel
2. Baby diapers (newborn n S size)
3. Toiletries (baby shampoo, bath shampoo, bedak)
4. Cotton bud/ pad/ wool
5. Maternity n extra long pad
6. Baby oil
7. Baby wet tissue/ wipes
8. Baby lotion
9. Minyak Yuyi/ Telon
10. Dapolene cream
11. Cocoa butter cream (credit to esah for advice.. eheheh)
12. Medela breast cream (thanks to Zety for advice)
13. Nursing poncho (thanks to akak2k n esah for advice)
14. Bengkung
15. Tungku

Oooppss.. panjang sudah list itu.. rasanyer better aku settlekan sume2 list di atas before adding a new one.. hehehhehehe

Wish me all the best, peeps!

Tuesday, September 15, 2009

Raya Datang Lagi....

Haih... Dah almost a month since my last entry..

Time2 bulan Ramadhan ni.. tak sempat sangat2 nak update. If ada masa terluang pon, aku akan gunakan sepenuhnya utk berehat... Yes, terasa penat sangat puasa kali nie.. Yerla, first time puasa as a preggie... Alhamdullilah, so far, aku puasa cukup ler. Takde tinggal2 :) Even, bape kali le tergoda utk berbuka sebab dah tak tahan lapar n haus.. Tp, biler fikir nanti susah nak ganti sebab nak breastfeed, so, tabahkan ler hati ni :)

Actually, byk sgt things to update and pictures to upload in this blog.. Tp, some of it, rasa macam dah jadi basi dah.. Yerla, lambat sangat nak update.. Sorry la yer..

Sepanjang bulan puasa nie.. mmg takde masak langsung.. sama ada makan kat luar or pegi pasar ramadhan.. Last weekend balik Johor.. sempat ler berbuka makan masakan mak sekali. Actually, tido 2 malam kat Johor tapi, 1 hari tu mak aku tak masak le plaks sebab penat bershopping kat Angsana.. Takperlah, lepas raya aku makan puas2 mak masak

Raya tahun ni.. first time nak beraya with my hubby's family. Meaning, 1st time beraya without my parents n siblings.. Sekarang takdela rasa syahdu sangat.. tp, taktau ler nanti pagi raya camner.. ehehe.. takperla, bukan tak balik Johor langsung.. 3rd day raya, InsyaAllah.. balik ler ke Johor

In the same time, excited nak beraya kat Kedah - my MIL's kampung.. sure lain suasana raya kat situ... Before this, mmg beraya sama ada kat Johor or Melaka. Paling tak sabar nak makan Laksa Kedah and Mee Kuah yang tiap2 tahun dengar citer jerk dr mulut hubby..

Adoi.. lapar le plaks biler fikir bab2 makanan nie. Sempat jugak ler aku pesan kat pakcik aku, soh cakap kat nenek kat Johor supaya simpankan sikit lauk Ayam Masak Kicap.. My grandma (mak to my mum) mmg tiap2 tahun buat Ayam Masak Kicap as a main dish during hari raya. Orang lain sume buat Ayam Rendang or Masak Merah.. tp, kat umah nenek aku jerk yg ada Ayam Masak Kicap ni. Sedap giler ok.. Bukan typical ayam masak kicap.. yang ni Jawa style. Makan ngan ketupat.. aduhaiiiiii sedap giler!

As kitorang akan travel jauh.. KL-Kedah-KL-Johor-Melaka, takut jugaks ler baby Zarif tak selesa dalam perut nie. And as a precaution, aku akan pack n bawak siap2 beg spital. Yerlah, in case baby Zarif tak sabor nak beraya tahun ni.. Anyway, hopefully, everything gonna be OK.. Baby Zarif sabar sikit erk sebab mommy nak makan banyak2 raya ni.. sebab nanti raya haji tak boleh makan dah sebab dalam pantang.. huhuhu..

Last but not least, to all my frens..Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin.. Jangan segan2 buat open house and jemput aku datang rumah korang.. Sebelum org tanyer, better aku bagitau siap2 yang tahun ni aku tak larat nak buat open house, but, korangs sume dijemput datang rumah bila2 masa sebab aku sangat suka orang datang rumah aku yg kecik tu.. Hopefully, next year raya, dapat le beraya kat rumah baru.. takdela sempit lagik :)

Have a nice raya!!!!

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan..

Hi semua.. I think it's not too late for me to wish Selamat Berpuasa :) Tahun ni is my 2nd year berbuka as a wife..

Basically, takdelah beza sangat macam tahun lepas.. Pagi2, bangun sahur, masak ala kadar.. takpun, panaskan lauk yg dibeli semalam.. Kadang2 jam bunyi, tapi tak sedar.. So, hubby le yang bangun panaskan lauk (love u a lot, dear!)

Berbuka pon, same lebih kurang mcm tahun lepas.. Time weekdays, luckily Telekom bagi balik awal, 430pm (tp, kene masuk kol 8pg), so, before balik tu singgah Pasar Ramadhan yg berlambak2 kat Bangi ni. Kadang2, sbb semua orang nak balik awal, so, traffic jam.. sampai lambat skit... so, hubby ler yang pegi pasar ramadhan sorang2

The only different is this year, baby Zarif is growing inside my tummy.. So, time sahur, kene makan banyak2, so tak kantoi puasa.. Kena minum banyak2, so, my baby takdelah haus dalam perut nie.. Time g pasar ramadhan plaks, tak larat wat tawaf 2-3kali, sebab kaki dah tak larat nak berjalan... Time bangun sahur pagi2, sejuk, kadang2 kene cramp (sangat sakit, ok and i cry everytime kene!).. Malam kene tidur awal skit, so, I've enuff rest for baby development.. But, I never regret any of it.. In fact, rasa excited sangat berpuasa time pregnant ni.. lagi2 tak payah tinggal2 puasa,pastu sibuk2 kene ganti..

Enuf about puasa.. lgpon, baru a few days ramadhan, kan?

As for last week, me and hubby still tak habis2 beli barang2 utk baby Zarif.. Rasa2nyer, selagi he doesnt pop-up from my tummy, selagi tu la mummy n daddy ni sebuk bershopping sakan.. Last week, hadiah utk Zarif is ROCKER! Actually, lama dah berkenan ngan rocker nie and hasil survey sana sini shows that harga paling rendah is from MyBabyStore @ Kuchai Lama. Tp, time our first visit, takde stock.. Owner tu kata, next week baru ada stock. But, when we go there next weekend, habis stock lagi.. uish, sungguh laku ini barang.. So, kitorang pon wat ler full payment utk reserve kan rocker nie.. In the end, last week akhirnya, rocker ini berjaya menjadi hak milik baby Zarif. And the best thing is this time punyer stock, come with 2 avent feeding bottle.. Lucky kan? Tp, rasanyer botol ni tak BPA free le plaks.. huhuhuhu..
rocker with free gift

Apart from that, daddy Zarif pon dapat habuan last week.. Finally, hubby 'terbeli' home theater.. Actually, mmg dah survey2 this model.. tp budget nak beli akhir tahun ler.. Tapi, time jalan2 kat carrefour midvalley, skali ada offer le plaks.. Mmg murah sangat2 compared to market price.. Katanya, sebab new model nak keluar.. So, hubby terus ler tertarik, tergoda, tak boleh tahan n terus terbeli home theater nie.. huhuhuh


Hmm, so, basically, last week, baby Zarif dapat rocker.. daddy dapat home theater.. Sian mummy tak dapat apa2.. huuhuhuhu... Ok2 fine.. tak adil.. actually, last week I buy 2 pair of Crocs from my ex-schoolmate (huh?) with a reasonable price... Alasannyer, dah boring asyik pakai kasut yg sama jerk sbb kasut2 lain sume high heels.. So, kiranyer beli utk baby Zarif le kan.. not for my own benefit? Boleh ker???
p/s: tak sempat nak amik gambar my new shoes.. huhuhuu

Thursday, August 20, 2009

:: ACCA Result ::

  1. ACCA result keluar hari Isnin...
  2. Exam bulan Jun haritu...
  3. Paper P1- Professional Accountant
  4. Tapi, takdelah rasa aku jadik Professional Accountant pon..
  5. Alhamdullilah, aku lulus...
  6. Tak sangka boleh lulus...
  7. Sebab exam haritu sangat susah...
  8. Lepas jawab exam, satu hari emotional break down...
  9. Wanna know how much I get?
  10. Huhuhu.. saya hanya dapat 55% sahaja
  11. Segala penat lelah nampaknyer tak mencukupi
  12. But, memandangkan kesusahan exam tu.. 55% pon dah mencukupi
  13. Lulus pon dah cukup2 bersyukur
  14. Mungkin rezeki baby kot?
  15. Untuk kawan2 yang pass jugaks... well done!
  16. Untuk kawan2 yang fail.. takper.. cuba lagik!
  17. Sekian
  18. Terima kasih

Sunday, August 16, 2009

Shopping + Cooking version 2

Hasil masakan pada minggu lepas...

ayam masak paprik

ayam masak kicap

Ni pulak hasil rembatan pada minggu lepas.. So far, almost complete ler barang2 Zarif yang dah dibeli.. tinggal skit2 lagik.. huhuhu.. Ni pon, lepas puas survey harga merata2, mmg nak beli yang value for money. Plus, taknak sakit hati biler tgk kat tempat lain jual with lower price..

sakit tangan mengangkut plastik2 ni..

hasil rembatan di My BBStore

rembatan dari Jusco, Mothercare & RoyalSportingHouse

hasil rembatan from BabyLand SS2

akhirnya, beli jugak stroller idaman..

Besides shopping barang2 Zarif, hubby pon menambah collection his big-boy-toy... huhuhuh

kepala optimus prime

mini kepala2

hubby telah bertukar menjadi optimus prime!

Last week gaks, pegi Sarah's wedding reception kat Dewan MBPJ. She looks gorgeous!! Ni yang rasa nak sanding lagik skali nie.. boleh ker?



p/s 1: Esok result ACCA keluar.. cuak giler ni !!!!!!!
p/s 2: Gambar baby scan yang baru akan diupload during next entry!!!!


Thursday, August 6, 2009

Shopping + Cooking

Just a quick update..
Actually, dah lama dah upload gambar2 ni, tapi, takde masa nak update..

1. Finally, I bought a new handbag.. Tp, beli online kat http://allinonebeauty.blogspot.com/. But, it takes around 1 month to reach me sebab dia order from US.
my raya's handbag

2. Haritu, pegi Jalan TAR, shopping kain untuk buat baju raya. Tp, beli 2 pasang ajerk.. buat syarat utk raya. Nak buat lebih2, nanti boleh pakai kejap ajerk.. Both buat baju kurung pahang.. tu jerkla fesyen utk org mengandung yg boleh difikirkan. Tak amik gambar pon kain2 tu b4 hantar kat tailor.. lgpon, tak surprise le kan?

3. Sebagai persediaan untuk bersalin, aku borong kain batik kat Jakel. Ambik yg paling murah.. RM7 each.. so, amik 4 helai. FYI, aku mmg takde kain batik langsung! Okler, ada 1, tu pon MIL aku yg bagi tp tak berjahit lagik..

kain batik yang berwarna warni

4. Another mission pegi Jalan TAR is beli baju melayu utk hubby. Beli dah siap ajerk, senang.. Lgpon, takut org dah taknak amik tempahan dah.. Beli kat Wisma Yakin.. pastu, kedai tu ada jual baju budak with the same colour and material as hubby’s baju melayu. So, oleh kerana kitorang ni parents yang terlebih excited, confirm2 le tak boleh tahan and terus beli.. ahhaha. Even our precious baby boy is expected to born time raya haji, at least, boleh pakai time majlis aqiqah kan??

baju baby Zarif & daddy (baju mummy pon sepasang tp dah hantar kat tailor)

5. Awal2 pregnancy dulu, mmg malas sangat masak.. Tp, skrg dah start rajin balik.. Plus, dah boring makan kat luar.

ayam goreng

kentang & ikan bilis goreng berlada


sambal sotong

telur dadar


daging masak dendeng

Monday, July 20, 2009

:: Week 21 ::

Sekarang ni memang busy memanjang, sampai tak boleh nak commit utk update blog at least once a week.. Adoi, ni baby tak lahir lagik nie..

Finally, my Medela Mini-E Breast Pump has arrived.. Yeay! One step done! Lepas ni, nak survey n beli sterilizer & warmer pulaks. My officemate guna brand Little Bean and she claims that OK. Plus, hargenyer kira berpatutan le jugaks compared to other leading brand. Lagipon, skrg ni kat enjoybreastfeed.com ada sale! Tempting! Tp, still tak completely survey yang lain2 lagik..
This 2 weeks, everyday rasa my lil ones sangat aktif inside my tummy! Mula2, ingatkan angin dalam perut, pastu, baru tau yang tu sebenarnyer my precious one tgh sibuk main bola dalam perut nie. Kira, mummy can tell when he's sleeping sbb kalau tidak.. every 5 minutes mesti gerak2.. The feeling is soooooooooooo great! Tak boleh nak describe betapa seronoknyer bila rasa die gerak2 tu.

I always wonder, hubby tak jeles ker yg baby ni duduk inside my tummy, instead of his? Tak jeles ker yang I always carry this baby anywhere I go? Tak jeles ke yang I always has the chance to feel the baby moving? Bila tanyer macam tu kat hubby, die slalu cakap, he has no reason to be jealous sebab he put the baby there.. ehehehehe.. I tell u what, u can't picture how good the feeling is until u feel it for yourself! Rasa seronok sangat, sampai boleh lupe all rasa mual2 yang pernah rasa time early pregnancy, boleh lupa rasa sakit time malam2 kene kejang otot time tido, boleh lupa rasa penat giler everytime balik keje.. All the pain is nothing compared to the good feeling!

Last week, pegi another checkup kat Pusat Perubatan Menara TM and have my another scan (yes, I'm a scan freak!) Doctor cakap my baby is scan friendly.. Senang nak scan dier.. senang nak measure diameter of his head, panjang tulang punggung dier and all. Tapi, biler doctor nak amik gambar, die dah start aktif menendang.. tak reti duduk diam.. so, takdela dapat the best shot.
This thursday, me and hubby is on leave sebab I've my detailed scan scheduled that day! Yeay! Tak sabar nyer.. Will update about it later. Till then, wish me all the best~! Muaahss

Tuesday, July 7, 2009

:: Week 19 ::

It's been a while since my last entry.. Busy sangat this 1 month.. a lot of things happen sampai tak sempat nak singgah for blogging.. So, since I'm on leave today, harini la nak buat sume bende2 pending such as g facial, g threading, kemas rumah, basuh baju and last but not least.. blogging :) Apa yg sibuk sangat this few weeks???

1. Pegi short vacation with in-laws kat PD.. We stay at Sri Intan Resort, so, as a TM staff.. dapat ler staff rate.. Seronok dapat mandi laut :) Plus, swimming is good for pregnant mum :)
one of my anak sedara yang suka sangat berendam dalam pool and mandi laut..

2. Check up with gynae (week 17) kat Pusat Perubatan Menara TM.. Ye, saya tamak dan tak sabar nak tunggu 1 month for my next appointment, so every 2 weeks, tukar2 pegi check up ngan gynae kat sini and Az-Zahrah..
boleh clearly see kepala, kaki, badan, mata, otak :)

3. Kene sembelit and urine infection.. which's very common to pregnant mum. Actually, pegi klinik sebab sembelit (tak tahan sebab tak boleh buang air for 4 days) and ingatkan sakit area pankreas (betul kan eja ni?) sebab sembelit.. rupa2nya, lepas doc check my urine, found out that sel darah putih agak tinggi in my urine and sel darah merah pon dah border line ajerk.. Hmm, bertambah lagik ubat2 yang kene telan.. Alhamdullilah, everything is OK now :)
byk gila ubat yang kene makan hari2!

4. Pegi MyDear Warehouse Sale kat puchong.. Tempting.. Harga mmg murah from market. Around 30% off.. Tapi, sebab kitorang duk apartment ajerk, so, takdela borong banyak2 sebab nanti semak takde tempat nak letak.. Hasil rembatan hari itu is baby carrier that cost us RM104 (normal price is RM 159.90) and baby bath tub for RM46 (normal price RM 69.90 ) Kira berbaloi le kan? Baby carrier tu even boleh guna for newborn till around 3 months ajerk, tapi senang utk kitorang travel balik Johor.. takdela kene pegang ajerk. Plus, safety first kan?
hasil rembatan di warehouse sale..

5. Our house S&P Agreement dah siap.. tebal giler! Kene sign each copy and initial every pages.. huhuuhuh.. Lenguh tangan! One day, hubby received a parcel, bukak2, ada Sony DVD player (sebijik mcm kitorang nyer current dvd player, tapi different colour). Rupa2nya, skrg ada promotion, for any approved home loan from CIMB Islamic Bank, dapat DVD player.. :)
thanks CIMB!

5. I officially transfer to other department. Lepas bape kali tangguh.. finally, my application untuk tukar department, tercapai jugaks.. dapat jugak merasa angin lain, learn new things etc. Basically, my new job ni handle Fixed Asset for Telekom.. sangat2 eager utk belajar benda baru even sangat sedih nak tinggalkan my current department. Yerla, I've been working in this department for almost 5 years, from grad till now..
flowers and handbag, gift from my ex-boss & staff during my farewell party

6. Even dah tukar to another department, I still buat keje department lama sebab tak fully hand over lagik. Plus, during this transition period, kena le assist my pengganti until she can fully handle it without my assistance. In the mean time, dah start buat keje for new department, banyak benda pending nak kene buat, plus, agak lembap sedikit sebab banyak benda tak paham.. Due to that, lately, mmg selalu balik lambat.. paling cepat pon 7pm.. huhuhu.. sangat penat! And that's the main reason kenapa jarang update my blog skrg!

7. Order breast pump kat http://www.enjoybreastfeed.com. Ada promotion.. Just RM 475 with free few stuff.. tp, habis stock le pulaks.. tp the seller cakap yg dia dah order new stock, but still havent heard any news from her.. hopefully, ada le stock sebab dah try survey tempat lain.. and can't get any cheaper.. Plus, mmg nak sangat breast pump ni sebab dia kecik ajerk, so, senang nak bawak g mana2 and got few recommendation from my frens..
Medela MiniElectric Breast Pump, Cooler bag, Storange & Feeding Set, Ice packs

8. Jalan2 kat midvalley, sambil survey2 barang baby.. skali, ter'jatuh chenta' with 1 baby stroller.. huhuhu, tp takdela beli lagik.. sbb rasanyer better survey dulu.. actual price is RM 1299 tp skrg it's RM899 (price at Combi outlet, Mothercare, Modernmum and Jusco sume same) tp promotion ends till August ajerk.. What's good bout this stroller? Senang nak handle, super light weight, ada a few choice of colour, handle dia boleh ke depan & belakang and tak bulky sangat.. it's just what i want.. Sayang, boleh kan if kita beli stroller ni? Pleaaaaaaaaaaaassssssssseeeeeeeee
Stroller Idaman..

8. Pegi another check up (week 19) with Dr Noraini @ Az-zahrah.. and guess what.. IT"S A BOY!!!!!! Waktu doktor cakap most probably it's a boy, hubby mmg senyum panjang lebar giler.. muka mmg berseri2 sebab he wish for a boy so that our 1st son boleh jaga adik2 dia.. Even I prefer a baby girl.. tp, mmg dari awal2 pregnancy mcm ada instinct yang it's a boy. :))
My beloved baby boy!!!!

Till next posting.. tata~~!

p/s: Still tak buat list barang2 baby yang kene beli.. (sangat banyak, ok!!) Ada sesapa yang ada simpan list tak.. boleh ler share.. hehehehhe

Wednesday, June 10, 2009

:: Week 15 ::


"I'm 4.5 inches CRL and 3 oz; my nails are formed & you can soon tell if I'm a boy or girl!! (credit to http://baby-gaga.com/ and http://www.pregnology.com/)






Wah.. dah Week 15 dah!

It's my ACCA exam week.. struggle study.. tp bila dapat exam paper.. panic! Apa yg expect keluar.. tak keluar... Ada yg takde pon dalam silibus.. Huhuh.. malas ler nak cite pasal exam.. mmg boleh buat nangis ajerk..

This week tengah bersemangat survey pasal breast pump... Oleh kerana saya wanita berkarier (chewah!), haruslah membeli breast pump.. yg electric utk lagik menyenangkan kerja pengepaman..
Setelah survey punyer survey.. I want to stick to Medela brand.. so far, my fren yg guna Medela ni give positive feedback.. Tp oleh kerana budget ku yang tidak hebat.. so, takdelah beli yg ribu-ribuan seperti Medela Freestyle ataupon Medela PISA.. just beli Medela Mini Electric pon cukup ler.. budget haruslah dijaga sebab banyak lagi barang2 baby nak kene beli and bukan murah pulaks tu...

Call my fren, akak2k utk mendapatkan nasihat.. eheheh.. n dia suggest 1 website ni.. http://www.enjoybreastfeed.com/ sbb skrg tgh buat promotion.. Medela Mini Electric pon ada.. Just RM475.20 for a set (pump, cooler bag, ice packs, 6 bottles).. Hmm, intersting.. Promotion end till end of this month.. Tp, tak rasa awal sangat ke nak beli breast pump?

Went for check-up last friday.. Seronoknyer dapat tgh baby tu.. Rasa lega skit, yerla, I've that 'risau' feeling, so rasa lega sangat tgk yg baby is doing great inside my tummy.. Tp dia tgh tido (again!), gerak pun skit2 ajerk. Doctor kata sebab tak breakfast lagik, so, baby tak cukup gula/energy utk gerak2 dgn aktif. Next check up.. I'll make sure makan dulu sebelum scan.. eheheheh


Next appoitnment kat Az-zahrah will be on 4th July and I scheduled my detailed/anomaly scan on 23 July.. Most of parents dapat tau the baby gender during detailed scan ni.. Tak sabarnyer nak tau.. senang skit berangan nak beli baju baby.. Me and hubby memang nak tau cepat2 gender baby ni.. maybe ada setengah parents, konon2 nak surprise kan.. it just not work for both of us.. hahah.. harap maaf, kitorang ni gelojoh.. ahahahha

Apart from that, sebab mummy ni asyik rindu je nak tgk baby dalam perut, I schedule another check up kat another clinic plaks.. This clinic kat tingkat 26 kat ofis ni hah.. Just naik lift ajerkla.. Tp gynae dia ada every Selasa n Khamis jerk.. So, my next appoitment with doctor kat sini will be on 18 Jun.. Luckily, klinik yg ni is covered under my insurance.. Cuma, tak bestnyer.. hubby takdela skali time scan tu.. So, hubby just boleh tgk baby biler check up kat Az-zahrah ajerkla..

=)