Sunday, February 28, 2010

::tabah::

After rest 4 1 semester, aku dengan rasa malas gilernyer sambung balik my acca. class is on saturday.. 2 to 9 pm.. sian si gebu sbb kena tinggal.. so, every weekend balik umah mil sbb hubby x reti nak mandikan zarif

Sangat tabah membuat pumping session time break.. terpaksaler korbankan time makan demi pump susu.. Pastu, mengangkut cooler bag berisi botol and pump tu ke kelas.. adeh adeh..

Surau kat kolej ni agak daif ler.. pastu, most of the student is muda remaja and not married yet. So, diorang agak konpius le tgk aku tgk pump. Mesti some of them taktau aku tengah wat aper.. Bunyi macam tgh potong rumput. Oh, medela ku sangat bising.. huhuhuhu

Tapi, takper.. I take it as a challenge.. demi anak, I don’t feel it as a burden.. Doakan aku terus tabah… 4 subject to go!

p/s: Susu ku tgh merundum skrang.. Help! Help!


Aku sedang tabah pump kat surau kolej.. ehehhe

Thursday, February 25, 2010

:: 100 ::

Harini, Zarif genap 100 hari. Rasa kejap sangat. Rasa baru lagik aku masuk dalam OT for c-sect untuk melahirkan my intan payun, Imran Zarif bin Muhammad Zahrul Hisham

100 hari aku bergelar mommy. 100 hari aku BF Zarif. 100 hari aku kena bangun malam untuk BF Zarif. 100 hari salinkan diapers zarif. 100 hari aku buat macam2 for the benefit of Zarif. It’s not easy, but it’s worth it!

100 days of joy & happiness. 100 days of laugh & smile. 100 days of love. 100 beautiful days

Happy 100th days, Zarif. Mommy and daddy love u soooo much. Be a good boy, ok?


p/s 1 : kalau orang dulu2, diorang pantang 99 hari kan? Tak dapek ler aku nak mengikutnyer..
p/s 2: banyak keje, takleh tulis panjang2.. huhuhuhu

Monday, February 22, 2010

:: Baby Cot ::

Dari lahir until dah 3 months, Zarif shared the same bed with us. Mommy n daddy baring kat tepi.. while, Zarif kat tengah.. Kenapa tak beli? Sebab, ramai yg advise kata tak guna sangat katil ni, so, tak payah beli. Tapi, lately, Zarif tido lasak. Boleh buat putaran 90 degree.. Kadang2 sondol mommy or daddy dengan kepala botak dier tu.

So, as a solution, kitorang decide untuk beli katil for Zarif. So, die boleh dapat all the space he need and mommy daddy bleh tido pelok2..

Setelah survey2 secara online, berkenan dengan katil ini. Based on the survey, mybbstore ni offers the best package.. Baby cot, latex mattress & pillow plus crib set.. Senang beli package ni, all in 1 and we save RM483.80!

So, last weekend, kitorang pon menyambar katil ni.. Tercapai gaks hasrat nak beli white baby cot.. Love it so much! And I believe Zarif loves it too :)

Tapi, if Zarif asyik sibuk tengok cartoon pada bumper tu, camaner die nak tido kan? cartoon tu sungguh distractive.. huhu


p/s: me n hubby berkenan ngan car seat ni.. Lagipon, baby carrier Zarif dah semakin sempit.. Semalam, pegi mybbstore ni nak beli, tapi dah tutup pulaks.. Sian Zarif dah tak sabar nak naik Ferrari.. huhuhuhuhu.. harap2, weekend ni sempat menyambar lagik skali :D

Wednesday, February 10, 2010

:: MOTTAINAI ::

What a waste...

Semalam aku buat EBM's stock update.. Aku check balik stok EBM yang tak seberapa aku, and buang stok2 yang dah expired. I'm using 2-weeks-in-freezer-of-1-door-fridge rule to be on the safe side.. Sementara bekalan susu Zarif masih mencukupi, rasanyer tak perlu ler aku take risk kan? And some of the susu memang dah start bau masam pon.. So, mmg nak tak nak, terpakse ler buang...

Hasilnyer, 5 botol & 8 plastic liners of EBM which consists of 52 oz terpakse dibuang !! Yer, kawan2 ku.. 52 oz! Bekalan yg cukup untuk Zarif for 4 days! Betapa penatnyer and how much time it takes to pump 52 oz.. Sedih.. but, I have to....

So, sekarang, stock EBM aku dah start berkurang.. ada ruang2 kosong kat dalam freezer tu.. At least, ianyer menyuntik semangat aku untuk lebih rajin pump.. Insya Allah... Tapi, agak tensen jugaks ler sebab sekarang, hasil pumping di office hanya cukup2 bekalan Zarif for the next day as Zarif consume 4bottles x 3 oz time kat nursery.. And since die abiskan all 4 bottles, I need to increase to 5 bottles dah... so, ada ler back up.... Seems like aku kene lebih tabah utk sacrifice a lil bit of time tido aku utk pump.. Chaiyo Chaiyo!

Sayang, jom beli fridge baru yang besor gabak ... 2-door yang canggih, 700 liter fridge so that bleh simpan nugget, sausage etcEBM lebih lama... Tapi, mane plaks nak campak fridge yang sekarang ni? Fridge ni aku beli time anak dara time masih kurus lagik..Still elok lagik.. banyak berjasa tau.. haih... Pastu, macam le ada tempat nak letak fridge besar kat dapor rumah aku yang kecik hingga boleh berlaga2 bontot ni.. Aarrghh, biler ler rumah baru kitorang nak siap ni .. off topic le plaks

Monday, February 8, 2010

:: Nursing Room ::

I wish my office has a nursing room..
So, tak payah everyday nak kene pump kat surau. Sebab aku tak suke pump biler ada orang lain in that room. I prefer privacy during pumping. Leceh tau nak cover2 my B time pump if ada orang.. Takdela tgh pump tu ada orang duk tanyer2 n jengah2, tanyer banyak ke susu dapat.. If time tu susu tengah merundum, aku agak tensen untuk menjawab soalan itu.. If tanyer lepas aku pump, I totally don’t mind.. I just need an alone time while pumping..

I wish my office has a nursing room..
So, boleh ler aku pump biler2 aku suke. Mcm skrg, aku pump kol 10am and 4pm sbb time tu orang takdela gune surau tu sangat sbb bukan time peak hours for solat. Tapi, surau kat floor aku ni actually store room yg dibuat surau.. So, kadang2 ada le orang yg masuk nak amik file ke simpan file ke etc.

I wish my office has a nursing room..
With fridge, of course! So, tak payah everytime lepas pump, aku berpeluh-peluh turun tangga konon2 kuat tak payah naik lif g tingkat 10 untuk simpan susu. Sebab my floor takde fridge, so, kene menumpang fridge tingkat bawah. Leceh tau, nak usung cooler bag yg berat tu turun naik. Before balik, kene turun lagik sekali untuk amik susu2 tu..

I wish my office has a nursing room..
With sink, definitely! So, tak payah everytime lepas pump, aku lap pump tu, masuk dalam cooler bag, berjalan ke pantry, n basuh pump aku tu. Pastu, nak kat sink tu ada drying rack sekali. So, lepas basuh pump tu, bleh letak je kat drying rack utk keringkan for next pumping session. Mcm skrg, lepas basuh pump tu, aku kene lap bersih2 n kering2, letak dalam plastic bag n masuk balik dalam cooler bag.. Sangat leceh ok!

I wish my office has a nursing room..
With comfy sofachair.. Takdela sakit belakang sebab baring bersenang lenang duduk bersila tanpa bersandar time pump.. Lenguh giler.. Dahler aku pakai single pump, so pumping time aku is longer.. haih…

I wish my office has a nursing room.. and I wish my wish come true….

Wednesday, February 3, 2010

:: Dating ::

Semalam, me and hubby cuti sebab banyak benda nak kene settle. Sian Zarif kene hantar pegi nursery.. Terasa ler seperti ber’dating’ hehehe.. Alhamdulillah, sempat settle semua benda as planned :

  1. Pegi Menara Celcom untuk terminate Celcom Broadband and subscribe balik under hubby’s phone number. So, skrg, boleh ler hubby surfing thru his new handphone.
  2. Lunch ayam kampong kat Kg Baru Food Court. Tapi, ayam kampong die dah tak sesedap dulu. It used to be sangat garing and panas2.. nyum
  3. Pegi Jalan TAR untuk beli barang2 for Zarif’s aqiqah – bunga pahar, paperbag, Yassin etc. Sangat2 aman jalan TAR ni time weekdays.. Sejam jer dah settle semua! Siap Singgah Jakel skali utk beli kain lining untuk baju sulam mamilaya aku tu.
  4. Pegi tempah baju kat Nancy @ Greenwood. Tp, Nancy tak boleh siapkan baju aku cepat.. Yerlah, dah nak dekat CNY and die plaks nak gi bercuti ke Australia lepas Chap Go Mei.
  5. Membuang masa dalam traffic jammed kat Jalan Duta sebab ada lori bawak beras kene tahan ngan polis. Tapi, aku isi dengan sesi mengepam di dalam kereta. Nasib baik Mini-E ni boleh gune bateri..
  6. Pegi KL Sental, reload and claim rebate Touch N Go. Aku dapat rebate RM39! Sukenyer~! Pastu, hubby kuarkan duit ASB dier.. Bayar duit credit card.. Bayar progressive payment utk Home Loand kat CIMB. All in one place!
  7. Balik Bangi, singgah HLK utk survey fridge. Yer, kami amat memerlukan fridge 2 pintu sebab freezer skrg dah penuh dgn susu and tak boleh ler kitorang nak beli nugget ker ayam daging ker.. sbb takde ruang kosong dah.. hehehe.. Tapi, survey jerkla.. beli nyer ntah biler.. Lgpon, dapor aku yg kecik tu dah takde ruang nak letak fridge besar.. Plus, fridge skrg ni elok lagik.. takkan nak buang kot?
  8. Singgah dobi untuk hantar cadar2 (yer, saya malas nak basuh cadar sendiri.. lgpon takde ruang untuk menyidai. Hantar sekali baju kurung and kemeja untuk dry cleaning..
  9. Last, amik si Gebu ku di nursery @ 5pm. Kelam kabut nursery tu siapkan anak aku sebab aku amik awal arini.. hihihi.. Sampai tertinggal botol EBM kat nursery.. huhuhu.

    Takdela berdating sangat pon kan.. takdela g tgk movie ker makan2 ala2 romantik ker.. Tp, seronok sangat sbb dapat settle kan sume2 bende nie even deep inside my heart rasa kesian kat si Gebu tu sbb kene tinggal kat nursery…

    p/s: terlupe nak beli barang2 hiasan buai aqiqah Zarif.. huhuh.. nampaknyer, weekend ni ‘terpaksa’ le pegi Nilai.. uhuhuhuhuh.. alasan kah itu?