Friday, January 28, 2011

:: car seat ::

Camni ler rupanyer if daddy x leh amik zarif... sbb kete mommy x de car seat...

Just dudukkan zarif, pasang seat belt n bg dia toys.. if not, tong ebm with ebm bottles will do....

Bahaya ler sebenarnyer... tp rumah n nursery dekat jer...

Tp, kene gak ler beli another car seat... mana nk korek budget ni... huhuhu
Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, January 26, 2011

:: HouSe ::

Semalam, dapat email from hubby pasal iklan rumah untuk dijual.. Rumah ni located at the same road ngan rumah kitorang..

Masalahnyer, CF pon tak dapat lagik.. apatah lagik kunci... tp orang ni dah nak jual! Pastu, markup RM100k! Apa kes?!


Skrg ni banyak kan orang wat 'Property Investment' cam ni kan? Dia beli rumah, pastu jual.. Generate profit RM100k+.. Kadang2 rasa sangat2 tak adil.. Especially kat orang yg betul2 nak beli rumah, tp rumah semua sold out. Pastu, biler rumah dah siap, tensen jerk tgk orang jual rumah2 tu tp harga dah increase giler2...


Moral of the story : Tak sabar nak pindah rumah.. biler ler CF nak dapat ni ! Tak larat eden nak bayor duit interest kat bank hah...

Sunday, January 23, 2011

:: 15 Jan::

Last weekend, hubby celebrate his 20th (bukan umor sebenar) birthday.....

Hadiah
Actually, aku blank giler taktau nak bagi apa.. skali, 1 month b4 his birthday, dia ckp kat aku skrg ada PS Move.. So, bleh le main cam Wii.. Ahaaa! *mentol-menyala-kat-atas-kepala mode* So, aku pon beli ler PS Move from one of forumer kat Lowyat.Net



Sebabkan Zarif tak brape sihat, aku mmg tak sempat langsung nak balut hadiah nie. Wrapper dah beli sekali ngan birthday card.. tu pon beli kat Pustaka Rakyat kat ngan rumah ni jerk...

Cake
Dah lama giler nak try Red Velvet Cake, so, aku pon orderler RVC with cream cheese topping from aunty Zue (sebab suka giler Choc Cake time birthday party Afif). Sedap sangat kek ni... Aunty Zue ni mmg pandai buat kek ler... Confirm akan order kek ngan aunty Zue lagik..

Celebration
Mula2, cam taknak kuar dah sbb Zarif tak brapa nak sihat.. Skali, tgk Zarif cam OK jerk pagi tu... So, kol 11 kitorang start with Hubby's Fav Nasi Lemak - Nasi Lemak Tanglin kat Tmn Tasik Perdana. Tapi, lauk dah abis.. tinggal nasik lemak biasa jerk.. Boleh ler...

Then, off to KL Bird Park which located kat dalam Tmn Tasik Perdana as well. Best ok!! Zarif mmg suka sangat bird (eh, sapa punye birthday ni?) So, dia mmg excited habis ler.. Sampai dah tak larat dah nak tunjuk n jerit 'Bird'. Pastu, tak layan langsung bird yg kecik2 dalam sangkar sbb bird yg besar2 and berkeliaran tu berlambak2.. Mmg worth it!
Note: tiket masuk RM20/person
Tips: Bawak air sendiri sbb air mineral kat dalam ni RM4/botol..
Then, sempat jugaks kitorang singgah solat kat masjid negara sat.. lama giler tak jejak kan diri ke masjid negara... aku siap mandikan zarif kat sini sbb takut ada hama2 burung yg melekat kat dier..

Pastu, birthday lunch tea kot sbb dah kol 4 kat Las Vacas. Since hubby suka makan kambing, aku try carik tempat yg serve nice Lamb Chop but still affordable (read: murah sbb tgh sengkek). Even tempat ni takdela a fancy restaurant, but the dishes sedap :-) FYI, the owner of this restaurant is 2 malay guys.. So, no worries for halal status erk...

Last but not least, lepas amik kek kat SS2, trus g rumah MIL.. Takkan kitorang nak makan kek tu berdua je kan? Bagi kat hubby's adik bradik semua... Actually, aku plan utk call semua his siblings so that bleh wat acara nyanyi-hepibedaytuyu-pastu-tiup-lilin. Tapi, sebab kelam kabut sangat, mmg sangat2 tak sempat.. Sorry, dear...

Hopefully, hubby suka le ngan his birthday celebration kali ni. Eventho takde apa2 plan yg hebat2... Anyway, love you, SAYANG!!! Muaahss

Monday, January 17, 2011

:: aRghhh ::

Gara2 nak balik awal hari jumaat last week, sbb kol 4 dpt sms from nursery yg Zarif demam n muntah.. maka, aku tak amik pon EBM from fridge..

Datang2 keje pagi isnin ni, tgk the pantry GELAP!! BLACK OUT!!! Argghh... aku bukak fridge, susu aku still sejuk skit2... Terus aku transfer pegi fridge floor bawah...

Agak2, still elok tak susu tu???? sedihnyer!!! i can't afford to buang2 ebm!!!

p/s: Zarif still batuk2 harini.. get well soon, dear!

Monday, January 10, 2011

:: 14 months ::

Word Jumble

  1. Daddy - Dada
  2. Nenen - Nenenenene
  3. Makan - Mamam
  4. Tembak - BangBang *sambil tangan wat gaya tembak diri sendiri
  5. Ikan - Pissshh *If nampak kolam air/swimming pool pon sebuk cakap pissshhh
  6. Bird - abeee *sambil tangan tunjuk bird/langit/serangga yg terbang
  7. twinkle2 little star – tetetete *if nampak laptop/handphone pon sibuk ckp 'tetetete' sbb nak suh bukak vclip twinkle2 little star..
  8. Dibo - boo
  9. no - nenene jugak *sambil goyang2kan jari telunjuk
  10. ambik – nah! *if dia bagi, mmg kena amik.. or else dia akan keep on hulur barang tu kt kiter
  11. campak - pak *suka sgt baling barang, pastu tunjuk barang tu sambil ckp "pak"..

** Tensen jerk Zarif still can't say Mommy :( sob sob sob ):

Instruction

  1. where's your head -- tepuk kepala sendiri
  2. where's your nose -- tunjuk hidung sendiri, kadang2 mcm korek hidung
  3. where's mommy nose -- jolok hidung mommy
  4. show your teeth -- sengih sambil tunjuk gigi
  5. buat majik -- buat cam iklan biskut ape ntah
  6. nangis -- dua2 tangan letak kat kepala macam expression 'alamak', tapi mulut buat sore nangis
  7. amin - buat mcm aminkan doa, tapi slalunyer x sapu muka pon, sambil mulut cakap "ammmmmm" *if kita baca Bismillah or Allahuakbar pon dia akan buat gaya amin
  8. ali baba - tangan wat menari ali baba sambil mulut dok cakap 'babababababba'
  9. habis/ takde - tangan buat gaya habis/takde
  10. taknak - geleng kepala.. if dia taknak apa2 pon dia akan geleng
  11. haacum - buat gaya bersin sambil mulut cakap 'haaaaa'
  12. pok amai2 – tepuk tangan
  13. babai - lambai2 tp jari keras giler, ni gara2 tgk "star" bye2 dlm vclip twinkle2 le nie
  14. pandai – tepuk tangan sambil senyum and cakap ‘aaaaeeeeeee’
  15. salam – hulur tangan nak salam and salam cium tangan
  16. ayang mommy/daddy/etc – cium pipi orang tu tapi mulut nganga.. kadang2 siap gigit pipi org lagik!
  17. Cat/ nyeow – mulut buat cam bunyi cicak sambil jari tangan wat cam panggil kucing tu *if jumpa apa2 binatang semua dia buat gaya ni
  18. give me 5 - he will give us 5
  19. buat muke - akan sengih cam kt bawah ni....
++ my favourite boys ++

Thursday, January 6, 2011

:: PoWeR ::

Time cuti seminggu aritu, aku pump 2 kali jerk.. So, disebabkan kemalasan *padan muka sendiri* aku ni, this week aku pump mmg dapat skit ler.. less than 2 oz each pumping session...

Terpaksa le aku wat power pumping... tp sbb taknak ilang lama sangat kat tempat, aku ber-power pumping from my desk...

..sorok pump dalam drawer supaya orang tak dengar bunyi dier..

Hopefully, my milk supply akan increase... plus, kene stock up balik ebm sbb dah nak sambung belajar balik, after 1 sem bersenang lenang malas nak amik exam....

.. hasil tenusu lepas power pumping sejam..

.. boleh ler, dapat almost 3oz..

Chaiyo! Chaiyo!!! Esok kene try lagik!!

Wednesday, January 5, 2011

:: TiPs BDO JKT ::

Actually, entry ni dah basi tahap masam dah.. Tp, untuk rujukan aku di masa hadapan, aku nak gaks buat entry ni..

Trip Ke Jakarta & Bandung, Cheesyana Style!
Cheesyana style tu maksudnyer aku yg cheapkate and planner..

1. Flight
Semua orang tau yg nowadays "everyone can fly". So, sile purchase ticket seawal yg mungkin.. Lg best if dapat ticket free..Kitorang aritu purchase ticket bulan May and pegi bulan Nov.. 6 bulan awal yerk.. tu pon dah kira lambat..

Total ticket flight pegi balik for kami anak beranak is RM459. Jangan lupa juga sediakan duit airport tax yg kene bayar time check-in kat airport time balik. IDR75k/seorang = RM 26/sorang

2. Hotel
Time g holiday, mmg mostly kat luar. Balik dah malam, just utk mandi n tido. So, aku mmg tak willing nak spend banyak2 on hotel. As long as hotel tahap selesa hotel tu acceptable, aku OK jerk..

Utk trip 1 malam di JKT and 2 malam di BDO, we all just spend RM 97 + RM 79 + RM 79 = RM 255 jerk..

3. Forum
If nak g holiday ke mana jua, aku akan read forum kat cari.com.my. Mmg besar jasa forum nie dan nie .. Sampai naik2 juling bijik mata aku kat baca semua post. At least, try utk khatamkan the latest thread. Kat situ, mmg banyak sangat tips2 yg berguna posted by otai2.Contohnyer, senarai2 hotel murah, tempat solat etc. If ada apa2 yg confius n taktau pon bleh post kat situ.

4. Currency Converter
Ini sangat2 penting! Jangan tersilap tafsir plak harga yg beribu-ribu or berjuta-juta dalam Indonesian Rupiah nie... Pastikan harga barang tu murah compared to harga kat malaysia..Hubby pakai currency converter application kat handphone. Kakak ipar aku plaks bawak calculator.. Tp, bagi aku, yg paling senang is buat siap2 list dalam excel and print! Senang! Tak payah nak tekan2 kat depan kedai tu. Just check jer senarai tu.. In fact, lg cepat dari pakai calculator!

Oh, lagi satu, kat KL ni, money changer yg glemer is Wawasan kat midvalley tu. Mmg asyik panjang je beratur kat situ. Since wawasan tu ada website, just check jer daily rate braper, pastu aku g money changer kat bangi ni and nego sampai at least dapat the same rate ngan wawasan tu. Based on my experience, tak pernah plaks dapat lower than wawasan..

5. Baju
Fokus utama aku g sana is utk shopping. So, mmg takde masa nak pakai baju lawa2 sangat. Mostly, aku pakai tshirt and jeans jerk. Senang aku nak berjalan...

6. Factory Outlet
Kat sana mmg banyaaaaaak sangat factory outlet. So, aku buat list and try as much as possible to cover sebanyak yg mungkin.. List ni aku print and paste dalam buku nota kecik aku yg muat2 dalam poket suar..
Brapa banyak should kita bawak utk shopping? Jawapan aku is depends on brapa banyak kita shopping..Ni senarai harga barang2 yg aku ingat kat sana.. takde la exact figure tp lebih kurang ler
  • Kain ela -cotton : RM7-RM20/ semeter
  • Kain ela -thai silk with manik2 : RM70/ 4 meter
  • Blause (various brand) : RM 15 - RM 50
  • Levis Jeans (pompuan) : less than RM100
  • Jubah with manik : less than RM 80
  • Telekung with sulam2 meriah : less than RM 150
  • Telekung cotton with simple sulam : RM 60
  • Baby gap sleepwear : RM 20
  • Seluar slack Espirit : RM 50
  • Brownies kartika sari : RM 14
  • kek lapis : RM 25
  • Beg kain yg slalu orang bagi utk souvenier : RM 18 utk 10 bijik
7. Makan
Aku list kan jugaks senarai suggested restaurant yg berpatutan..yg penting, bersih dan sedap! pastu, aku google restaurant ni utk carik anggaran harga2 makanan.. At least, aku tau brapa banyak nak budget utk makan. Senarai restaurant ni pun aku akan print and tampal kat buku nota kecil aku.
8. Supir
Since kitorang ber-5 with baby plaks tu, mmg aku suggest amik supir. Senang nak bergerak ke sana ke mari. Tak perlu nak tunggu2 taxi. Pastu, takyah ler berangan nak sewa kete n bawak sendiri sbb jalan kat Jkt and Bdo sangat le memeningkan.. Dah ler traffic jam teruk!
Supir yg kitorang hire is RM140/day kat Jakarta and RM246/2days kat Bandung

10. Itinery
Ni wajib bagi aku. Everytime g trip, aku mmg ada wat jadual waktu supaya tak terlajak kat one place so that bleh cover sume tempat yg nak pegi
12. Roaming
Call c*lcom utk allow roaming and if perlu, tambah credit limit sbb roaming sangat mahal.. huuhuh

13. Bank
Sebagai back-up, aku jugak call bank utk allow credit card transactions oversea. If not, tidak boleh swipe, yer kawan2..
My ATM pon aku activate kan oversea withdrawal. Since aku pakai bank CinaIndiaMelayuBank, aku boleh wat online activation.

11. Embassy
Untuk keselamatan bersama, aku akan amik details embassy.. If ada any emergency duit nak shopping tak cukup, at least ada le tempat nak rujuk..

Embassy of Malaysia in Jakarta, Indonesia
Jl. H.R. Rasuna Said, Kav.X/6, No. 1-3,Kuningan
Jakarta Selatan 12950
Phone: 62215224947 / Fax: 62215224974
Web Site:
http://www.kln.gov.my/perwakilan/jakarta
Email:
maljakarta@kln.gov.my
Office Hours: Work day: Monday - Friday 0800 - 1600
Holiday : Saturday & Sunday

Rasanyer, cukup ler setakat ini dulu kot.. If ada anything tertinggal, aku tambah lenkali..

p/s: boleh refer di sini, sini , sini dan sini juga.

Tuesday, January 4, 2011

:: Cerdik ::

Semalam, budak rambut mawi ni akhirnya naik kelas. Before this, Kelas Comel.. Sekarang, Kelas Cerdik. Ikut jejak langkah kawan2 dia such as Ruhil Imaan yang awal2 lagik dah naik kelas sbb dah pandai jalan..

Masa amik Zarif semalam, kakak TAB tu pesan suh bawak toothbrush and sippy cup esok. Oleh sebab kitorang takde spare, terpaksa le beli baru.. Takkan nak bagi yg kat rumah ni nye plaks kan...

So, pas maghrib, terus g dinner kat Malee and then, shopping 2 bende ni ajer kat Manjaku Bangi.

Currently, kat rumah, Zarif pakai silicone fingertip toothbrush.. Utk ke nursery, nak le carik normal toothbrush.. tapi tak banyak sangat choice tooth brush... lastly, beli ler yang ini... brand MAM.. boleh ler.. dari takde kan..

Sippy cup/ bottle pon kitorang beli MAM sbb suka design dier yg comel..

Pastu, wajib ler tampak sticker Zarif kan... hihiihih


Tak test pon Zarif pakai toothbrush and sippy bottle nie.. hopefully, ok ler.. hihihihi.. Dah besar dah anak mommy ni tp still takut nak jalan :)







Monday, January 3, 2011

:: First Day ::

Arini first day keje dalam tahun 2011..

Arini first day keje lepas seminggu bercuti sambil bersenang lenang di rumah mak kat Johor..

Arini first day keje lepas seminggu berguling2 ngan Zarif..

Arini first day keje lepas seminggu tak kesah kol brape nak bangun pagi..

Oleh itu, confirm2 ler tak semangat nak masuk keje balik!! Sampaikan alarm pon lupe nak set.. Sedar2 dah kol 6.45am.. Pastu, Zarif nak nenen plaks.. normally, dia nenen less than 5 minutes.. tp tadik, nenen almost 15minutes plaks..

Luckily hubby cuti arini and terpaksa willing to anta n amik bini dia pegi keje.. Suke.. Suke... Dapatler breakfast sama2 sebelum 15minit lambat masuk ofis.. Terasa le kurang stress masuk keje.. hihihihi

*Selamat Berkerja, kawan2!!*