Wednesday, March 30, 2011

:: MaMy PoKo ::

Attention utk pembeli tegar mamy poko...

Skrg ni tesco tgh ada sale.. rm46.99 utk pek m72.. tak pernah plak jumpe pek 72.. normally utk size M, just ada 66 or 44.

So, sila rush ke tesco yer... tp kena tgk betul2 sbb pek 66 n 72 ni sama harga..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Tuesday, March 29, 2011

:: KuCiNg ::

Aku takut kucing!

Source : Google

Mmg dari kecik takut kucing.. Ni semua gara2 kena cakar kucing time kecik2 dulu kat rumah atok. Until then, mmg takuttttttttttt sangat kucing..

Sangat cuak biler makan kat kedai, pastu ada kucing datang mengendeng..

In fact, aku pernah buat seekor kucing ter'beranak' long time ago. Time tu aku tgh baring kat sofa, sambil tgk tv. Sekali, kucing yg preggy ni selamba jerk lompat n duk atas perut aku. Aku apa lagik.. terkejut badak ler.. terus tepis kucing tu and aku bangun. Kucing tu lari lintang pukang.. A few minutes later, mak aku discover kucing tu tgh gigil2 duduk kat bawah katil and a few hours after that, selamat melahirkan anak2 dier.. Jahat kan? Tp, seriously tak sengaja!

Zarif as a budak, of course suka tgk binatang. Siap bleh duk mengadap laptop tgk video kucing. If nampak kucing pon, sibuk tangan tu buat gaya panggil kucing sambil mulut berbunyi. TAPI, biler kucing tu datang dekat and cam ala2 nak cakar dier, dia akan NANGIS! Dah 2 kali dah jadi.. kucing tu cam nak tepis (yerke?) tangan Zarif yg tgh panggil kucing tu, pastu melalak ler anak teruna aku ni. Apa ler, Zarif.. tak macho ler camtu!! hhihiihih

Tapi, biler nampak kucing, sibuk plaks cakap 'Nak!'.. ish ish ish...

Friday, March 25, 2011

:: TouCHiNg ::

Bila baca entry Farah SaraKids ni, secara tak sedar, bergenang air mata aku...

Rasa happy sangat dengan semangat Farah utk tolong ibu2 in breastfeeding their child.

Rasa sedih sangat2 sebab teringat aku tak berpeluang utk skin-to-skin contact immediately after operate. Nurse just tunjuk jerk baby tu kat aku.

Rasa marah kat diri sendiri sebab paksa-rela nurse bagi FM pada Zarif bila Zarif nangis and aku kekok giler tak reti nak BF mcm maner and assume susu takde/ tak keluar. Marah kak nurse yang suka2 hati jerk bagi anak aku minum FM without my consent even dah cakap2 awal nak exclusive BF





















Rasa kesal sangat2 sebab tak study habis2 pasal BF before bersalin , pastu tak request pada nurse/ doctor for skin-to-skin and tak bawak breastpump time bersalin.

Rasa bersyukur sangat sebab Allah bagi aku kekuatan utk menghadapi segala rintangan dalam BF ni. Rintangan2 dan halangan2 yang terlampau banyak, especially struggle with low milk supply

Rasa bersemangat utk keep on BF Zarif lagik 8 bulan utk cukupkan 2 tahun (tapi, still tak nak consider for extended BF) and utk continue BF adik2 Zarif, (even kadang2 tu rasa cam lemah sangat biler fikir nak kene go through semua cabaran2 tu balik..adeh.. adeh).. Insya Allah :)

Rasa terima kasih sangat2 kat husband yang sangat supportive, Zarif yang sabar dgn mommy yg struggle nak BF ni, kawan2 yang aku selalu jadikan reference point, blogger/forumner/rakan2 maya yang selalu sangat bagi info berguna & jawab kemusykilan and last but not least pada my family & my in-laws (especially my mum & mil) yang semakin dapat memahami kebaikan susuibu and terima my decision to BF Zarif.

Rasa bangga dengan diri sendiri dan ibu2 yang lain sebab berjaya BF anak. Namun, aku tak condemn pon ibu2 yg tak BF / mixed feeding anak2 diorang sebab tu pilihan masing2. Zarif pon pernah a few times mixed feeding time his first 6 days and time dia 5 bulan. Itu rezeki anak masing2 kan..

Wednesday, March 23, 2011

:: DoLu-DoLu ::

Tadik, aku browse gambar2 lama kat pc ofis ni sbb nak carik gambar one of staff yang nak bersara, sbb nak wat slide show utk majlis persaraan dier..

Pastu, aku DOWN erk.. sbb tgk gambar2 zaman aku 'KURUS' argh..


 in case korang tak kenal aku zaman aku kurus, i'm 3 from ur right..

 ni gambar tahun 2005!

 dah tak muat dah baju ni.. huhuhuh..

 baju ni pon dah tak muat

 gambar bersama anak2 dara..

baju ni pon dah tak confident nak pakai..

if aku tgk gambar2 time sek menengah, sure lagik down sbb time tu aku kurus seperti 'papan' huhuuh

p/s: DOWN TO THE MAX!

Tuesday, March 22, 2011

:: aNaK BeRaNaK ::


Mommy & zarif....

mommy baru balik keje, masih setia memakai tag opis..
Memakai baju kurung yg design giler out-dated..
Baju kurung time mommy form 2.. umur 14 tahun, tahun 1996.. which is 15 years ago!

Tujuan email ini : daddy, mommy nak beli baju baru.. sian pakai baju buruk.. huhuhuuh


Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, March 21, 2011

:: MaSk ::


Boy in a mask... pink mask...

Venue : umah tok kt kepong
Event : birthday party 'Ameen' yg ke 4
Theme : princess party

Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, March 16, 2011

:: VaCaTioN::

Aku ni mmg liat skit nak upload and blog if bercuti ke mana-mana...

The main reason is MALAS nak pilih gambar mana nak upload kat blog.. if kat FB, bleh le upload banyak.
Pastu, takde memory card cable, which means, takleh nak transfer kat PC opis.
Then, kat rumah pakai netbook, cam susah le nak edit2 gambar..
Last but not least, BUSY (alasan standard)

Ni list of tempat yg still tak update :

1. Melaka : Nov 2010
2. Langkawi : Nov 2010
3. Singapore : Dec 2010
4. Sabah : Feb 2011
5. Mandi manda KLCC : March 2011
6. I-City : 2010
7. Sabah with hubby : april 2009!
*preggy 3 bulan tapi masih kurus*
Ni jer plaks yg aku sempat nak blog :

1. Honeymoon @ Krabi : July 2008
*zaman kurus*

2. Penang : Dec 2008

3. Jakarta + Bandung : Nov 2010
4. Bird Park : Jan 2011

Nampak sangat pemalas kan? Lepas tu, biler nak repeat, cam aku g Sabah baru2 nie, menyesal tak blog pasal previous vacation sebagai rujukan.. huhuhuhu

p/s: seb baik ada facebook, upload le jugaks gambar2 bercuti ni buat kenangan.. kalau tak, takut gambar2 tu sumer hilang ditelan usia.. hihihii

Tuesday, March 15, 2011

:: BPA ::

Alhamdulillah that now government dah start nak enforce on BPA-free bottles.. At least, sekarang orang bleh paham kenapa parents nowadays willing to buy botol susu yg lebih RM20. Bukan sebab saja2 nak membazir or sebab 'brand' yerk..

Tapi, even bpa-free botol pon, kena gaks tukar, takleh ler 2-3 tahun pakai yang tu jerk. Based on my readings waktu mula2 bersalin aritu, should tukar every 6 months. Botol zarif kat taska dah tukar 2 kali. Satu kali pon, MakNah (owner taska) yang remind.. And yg kat rumah baru tukar sekali sebab jarang2 guna.

Botol kat taska, pakai brand MAM and botol kat rumah tommy tippee. Sippy cup zarif pon aku beli yg BPA-free, brand MAM. Botol simpan EBM pon BPA-free..

Better safe than sorry....

Monday, March 14, 2011

:: KeYBOaRD ::

Operasi membersihkan keyboard.. gara2 aku ternampak ada seekor lipas durjana selamba jer terjah keyboard aku...

Bile aku bukak sume button2 tu, ya Allah.. bukan main bersawang n berhabuk lagi!

Siap ada lipas mati lagik.... ish ish ish..

So, sila ler jenguk apa yg tersembunyi di dalam keyboard anda.....

p/s: camner nk bersihkan keybord lappy erk?

Published with Blogger-droid v1.6.7

Sunday, March 13, 2011

:: KeLaS ::

Siaran langsung dari orange international college... ngantuk giler dalam kelas... tak paham plak tu.... adeh.. camner aku nak pass ni...

Proud of myself sbb in 1 hour break, manage to pump susu.. solat.. berlari ke burger king.. alone.... huhhuhuh

On the other hand, sedih n bersalah biler teringat zarif n daddy kat rumah... love u both!

Chaiyo!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, March 12, 2011

:: BeLoN ::

pic source: here
Jom!! Kitorang tak pernah pegi lagik.. mesti Zarif seronok tgk 'bird' and 'ball' terbang.. huhuuhuh

Sayang, jom pegi erk!!

Friday, March 11, 2011

:: C*LC*M ::

1. Aku subscribe 3G unlimited data package under my handphone number and tapi dalam monthly bill dia charge my data usage jugaks on top of fixed rate tu. Kira double charge ler

2. Everytime call customer service, dia akan mintak my handphone number prior dapat cakap ngan customer service, tapi, dia akan transfer ke Prepaid unit. Eh, takkan takleh check yg phone no aku tu postpaid kan?

4. Pastu, lepas transfer ke postpaid, after typical verification (IC no & nama mak), dia akan cakap ‘ni bahagian postpaid, puan under ‘platinum’ package. Let me transfer u to the correct unit’ AGAIN!! Bleh tak check awal2 yang aku ni under package mana and terus le transfer to the correct unit

5. Lepas dah connected with 'platinum', aku pon membebel ler kan, pastu dia cakap, utk lodge complaint, dia kena transfer ke 'complaint' unit pulak... another transfer & verification ..

6. If benda2 ni jagi sekali jerk, aku takdela kisah sangat.. tapi, dah 3 bulan dah weh! 3 kali keluar bil overchage, 3 kali aku kena call customer service, 3 kali kena transfer call ke sana sini, 3 kali lodge complain utk dispute, pastu dia wat ler adjustment bil.

7. Dulu, dalam 1 year ago, waktu hubby mula2 subscribe data package (under nama aku sbb nak dpt cheaper rate), pon jadik camni for a few months.. Takkan tak learn from mistake kan? Mesti ada something wrong somewhere in their billing system.

8. If next month jadik jugaks, aku nak tulis surat! Huh! Siap letak nama2 customer service tu…

Nota kaki : nape lately entry aku suma yg negative energy erk??

Thursday, March 10, 2011

:: MoRNiNg ::

1. Zarif takmo tido kat katil sendiri malam tadik..

2. Terlupa nak pakai cincin pagi ni...

3. Terlupa nak pakai jam jugaks...

4. Hujan, even by the time kol 7, dah renyai2 skit

5. Massive traffic jam all the way.. Penat kaki weh, bawak kete from 7.15 till 8.40 !! 85 minit!!

6. A few accidents along the road..

7. Kena tukar route sebab stuck on the road due to accidents..

8. Kena bayar parking RM7 (hari2 kene bayar sbb sampai after 8am)

9. Masuk office lambat..

10. Rushing pump susu sebab ada meeting kol 9.30am

11. Officemate yg bawak breakfast (mak dia pandai masak!) tak sampai2, *lapar mode*

Haih.. it just not a good way to start your morning!

Wednesday, March 9, 2011

:: SeCuRiTy ::

My 2nd bodyguard....



Published with Blogger-droid v1.6.7

Tuesday, March 8, 2011

:: 1010 ::

1010 days of marriage :-) Love u, sayang!!





Nikah - 31 May 2008




Malam Berinai - 31 May 2008

Bersanding - 1 June 2008

Bertandang - 15 June 2008


1010 days and keep on counting... :)

Friday, March 4, 2011

:: SaLe ::

Amboooii. if pasal sale, berdesup jerk korang datang singgah yerk..

Tp, normally, sale utk March tak sebest YES...

Last time, aku beria le pegi during the first day sbb nak dapat additional 10% utk VIP card members.. Tp, pegi lepas maghrib ler.. Malangnyer, tak banyak yang tinggal. Salesgirl tu cakap, before kedai bukak pon, org dah beratur panjang.. so, byk dah dirembat oleh kiasu2 itu *dengki mode*

Zarif nyer current stroller pon beli time Mothercare sale akhir tahun lepas sebab dapat 20% discount... Berbaloi2 :) Sbb jarang sangat2 nak dapat diskaun sampai 20% utk stroller ni...

So, kawan2, apa lagik.. mari menghabiskan duit... if duit takde, swipe saja credit card kamu... nanti dapat bonus, bayar ler.. heheheheh

Thursday, March 3, 2011

:: LeSen ::

My new driving license sudah dapat :) Tadi org MyEG deliver kat opis.. Senang kan? Takyah amik cuti.. takyah susah2 parking.. takyah susah2 beratur..

Apply hari Selasa, patutnya dapat semalam (rabu), tp sbb hp aku takde bateri semalam, org tu tak dpt nak contact aku utk deliver lesen tu..

Kurus tak aku dalam gambar ni? Ni gambar tahun 2002.. Almost 9 years ago!

Wednesday, March 2, 2011

:: CoMoT ::

Zarif, show your teeth..........

Published with Blogger-droid v1.6.7

:: PeNaT ::

Satu badan aku sakit2 lenguh.. Rasa penat sangat.. Kenapa?

1. Saya seorang isteri - kerja rumah bertimbun2, tu pun aku tak masak kat rumah.. kalau tak, taktau ler (thanks, hubby sbb rajin tolong)
2. Saya seorang mommy - Zarif tengah lasak, sekejap masuk bilik, sekejap masuk dapur, sekejap nak tgk vcd, sekejap nak main toys. adeh.. adeh.. tu tak campur dia yg prefer aku dokong, compared to hubby.
3. Saya seorang pekerja - kerja berlambak2 tapi wat cam relaks jerk, dah masuk bulan 3, tapi banyak lagik 2011 plan tak start execute... adeh.. adeh..
4. Saya seorang pelajar - kelas dah start since January, tp aku tak pernah pegi sekali pon.. Janji hari ahad ni pegi kelas!
5. Saya seorang BF mommy - susu tengah down, so, time 3-4pagi if Zarif tak menyusu, aku tabahkan diri bangun utk pump susu..

Seriously, I need a massage! Tapi, tukang-urut-tetap-sepanjang-hayat hubby dan aku seringkali tertido biler tidokan Zarif. Konon2 nak wat sesi mengurut lepas Zarif tido ler.. (Oh ye, project-menidurkan-zarif adalah kerja untuk 2 orang, sbb budak kecik ni susah benor nak tido awal)

Tapi, saya HAPPY! Perkara2 di atas tidak pernah membuat saya rasa menyesal... except for no 3 (nak resign, pls!) and no 4 (menyesal sambung study)


Zarif cuba membuat muka kesian sebab nak tgk video 'twinkle2 little star' kat hp aku
My bodyguards (mata Zarif duk sibuk tgk Barney kat TV)


Tuesday, March 1, 2011

:: LiCeNSe ::

Semalam baru realize yg my driving license dah expired since nov thn lepas.... (mode: ketuk-kepala-kat-dinding)

Meaning, i've been driving 'illegally' for d past 4 months! Dah ler duk ulang alik kl-bangi ari2 g keje yg byk giler polis jaga tgh jalan... seb baik x de kena tahan ke aper...

Boleh perasan sbb smalam terdetik hati nk kemas purse.. buang all those kertas, resit n kad yg tak perlu..

So, arini, pagi2 aku renew lesen aku via online... nanti diorang akan deliver lesen tu to my ofis address..

Pasni, kena wat reminder ler.. wat kt outlook calendar terus... if wat kt handphone, mana tau en hubby nak bg adiah hp baru lagi 2-3 tahun depan kan? Hihihihi

p/s: g check expured date lesen korang skrg jugak... (if korang jenis x alert yg aku gak ler)
Published with Blogger-droid v1.6.7