Tuesday, December 18, 2012

:: PeRiuK ::

Yeay! Yang ditunggu sudah tiba..


Beli from BarangMurahUK.. mmg berbaloi2.. compared to beli from Malaysia/ Langkawi.. Plus, sebab bayar cash, i get 10% discount...

Beli end of October, received middle of December.. agak2 1.5 months.. ok ler kan.. worth the wait..

Geram je tgk barang2 kat sini.. rasa nak grab semua.. and they do accept installment 3 bulan.. ikut bape hari bulan gaji masuk.. menarik kan?

Ni yg dah di'order' for my BFF as her wedding present.. ETA in February 2013.. lewat sikit sebab christmas..
GF Grill


Ni plaks barang2 dalam wish list.. ehehhe

Tefal Actifry

Robot Vacuum
Joseph Joseph Kitchen Utensil
Spice Racks
Steam iron
GF Grill warna merah


Erk.. banyak le pulaks....

Thursday, December 13, 2012

Rindu....

Rindu.....





3 cycles on clomid.. but still waiting... Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik bagi hamba2 nya...

Tuesday, November 27, 2012

:: LegoLand ::

Hmm.. biler le nak ada free time update kisah n tips ke legoland ni?


Btw, dah start cuti for almost 2 weeks.. tp bukan cuti senang lenang.. sebab nak peksa next week 7hb.. paper Taxation :)


Wish me luck!

Monday, November 26, 2012

:: DiNiNg ::

Lama dah tak citer pasal rumah.. pejam celik pejam celik..dah nak dekat setahun dah pindah rumah ni...

The reason mcm malas sikit nak citer pasal rumah sbb rumah kosong.. byk gile planning nak beli itu ini tapi budget nye ngak ada...

Last time ada cerita pasal kisah meja makan beli kat Macy. Alhmadulillah, meja tu berjaya ditukar.. :) lega hati eden..

Takdela make over sangat dining area ni.. sikit2 jerk.. Still kosong lagik dining area nie...




Bunga, pasu & batu2 ni beli kat Kaison. Suke kedai ni.. bunga & pasu die cantik n affordable too.. Batu2 tu RM2.50/ pack.. yg ni tak salah aku guna 6 pack rasanyer. Pasu tu RM19.90.. bunga tak ingat plaks harga..


 Gambar ni plaks order kat Facebook Airis Wall Deco.. RM75/ 2 pcs.


Skrg tgh nak carik console table utk letak kat bawah cermin tu.. Kat mana nak carik yang murah affordable but cantik erk? Kat ikea ada.. tp semua nye above RM500.. contoh mcm yg ini


Atau yang ni..



Pastu, plan nak letak cermin atas meja tu.. utk elak calar and senang nak lap kalau kotor. Dah tanyer kat kedai.. it cost about RM200 huhuhuuh.. Nak letak alas meja, tak minat sangat.. suke plain kosong jerk camtu..

Korang if ada any tips/ kedai murah-tp-best, pls share ye!


Sunday, November 25, 2012

:: U R Invited! ::

Jemput datang, semua....



Map as below... Taman ni takde lagik dalam GPS/ Google Map etc.. So, pls point to Masjid Jamek Hj. Mat Saman.. From there, boleh call ye :)



See u there! Thanks

Monday, November 5, 2012

:: 30 ::

Last 2 week, genap umur aku 30... hmm.. melangkah ke dunia 30-an.. dah tua dah aku ni :(

Sebabkan birthday aku jatuh hari khamis, so, mlm tu hubby treat dinner dekat cyber jerk.. TokioCafe.. First time aku makan japanese food.. hehehe.. sbb mmg tak lalu nak makan sushi semua.. Haritu try set nasik with japanese curry.. ok ler.. sedap gaks.. tp, aku mmg tak boleh telan miso soup.. uuhuhuh..


So, the real celebration dibuat on Saturday...


Hubby bawak kitorang g Aquaria!! First time bawak zarif g aquaria.. last time aku n hubby g sini waktu zaman bercinta, before kawen.. Ramai gak org kat aquaria... rombongan tadika jerk ada 3 ke 4.. tu tak masuk rombongan sekolah rendah, sekolah menengah and birthday party.. hehehe




Zarif mmg seronok giler ler g tengok fish.. turtle.. spider etc.. hehehhe..


Lunch pulak, hubby treat us makan kat chillis.. konon2 nak g tempat yg tak pernah pegi such as Chinoz, chakri palace etc.. tp, last2 aku pilih chillis gaks even dah pernah pegi.. sbb byk lagik menu yg tak pernah try kat sini..


Pas lunch, g singgah kat Homedec pulaks.. dah alang2 kat KLCC kan.. singgah le tgk.. even budget takde.. just survey on laminate flooring utk dapor.. sbb tile dapur aku sgt buruk.. and nampak cam kotor sangat.. and if nak re-tile, sangat2 ler berhabuk and ambik masa pulaks nak pecah tile lama n pasang tile baru... Surprisingly, laminate flooring ni dah turun harga sbb banyak sgt vendor.. boleh dapat as low as Rm4/sq feet..but, nak wat camner.. budget nye ngak ada.. and kena le buat kitchen cabinet dulu...


Neway, we have a lot of fun! Thanks darling for such a wonderful day.. :) Love it!! Oh.. and love my birthday present too :)




Tuesday, October 16, 2012

:: MACY AGAIN ::

Tempting.. perlu kah?

Mmg berniat nak tukar sofa sbb sofa yg skrg ni, agak tak sesuai dengan rumah sekarang nie.. Tot of beli 2+3 seater... Tp, takdela niat nak beli dalam waktu terdekat nie... But, the promotion is so tempting la pulaks!

Current sofa is hadiah kawen from my opismate.. diorang kumpul2 duit and bagi kat kitorang, soh beli sofa.. time tu beli kat Cavenzi jerk.. so, u know la cavenzi nyer kualiti kan.. dah 4 years dah.. Plus, the L-shape sofa tu mcm bulky sgt pulak utk living room yg comel tu.. uhuhuhu

Hmm.. Should I? Or Shouldn't I?

Thursday, October 11, 2012

ADAMHAWA LAGI

Yeay.. penat aku mencari.. rupanye, opismate aku yg duk sebelah my cubicle ni ada novel ni...

I cant remember when is d last time aku baca novel.. yg pasti, dah lama gile.. before zarif lahir..

Suprisingly, sbb aku dh tak sabar dah nak tau ending citer ni, aku berjaya habiskan baca in 1 night! Mmg achievement gile..buku ni plaks nak dekat 500 pages.. tp aku x baca le dari awal sebab dh tgk kat tv.. start baca dr last episod yg aku tgk..

Ish... bile buku pelajaran, x pulak semangat macam ni.. hahahaha

And today, aku mengantuk sbb smalam tido kul 2am.. demi adamhawa.. hahahahha
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, October 9, 2012

:: ADAM HAWA ::

Aku terjebak!

Pastu sakit hati.. sebab citer ni 80 episod.. sekarang baru episod 25.. meaning ada lagik 55 episod...

Dah ler citer tu 30 minit jerk.. tak puas tgk, dah habis.. sambung next episode.. pastu byk pulak scene yg membuang masa..So, mmg menguji kesabaran aku ler..

Yang buat lagik sakit hati tu sebab aku tak paham kenapa semua orang dlm citer tu suke sgt berahsia.. taknak citer.. sume nak pendam.. susah sgt ker nak kumpul semua orang, discuss elok2.. aish..

Sakit2 hati pon, tabah aku tgk tiap2 hari.. If tak sempat tgk, kat online cepat jerk org update for streaming..

Argh.. aku tak sabar!! Sampai sanggup pegi ke MPH nak carik novel tu.. tapi dah sold out :(

Ada sapa2 yg ada buku tu tak? Nak pinjam boleh?

If takde, terpaksa ler beli kat mphonline..

Monday, September 24, 2012

:: TaDiKa ::

Zarif is now 2 years 10 months.. If ikut tahun, he is 3 years old this year.. Which means, 4 years next year..

Sekarang, mmg 'trend' budak2 masuk kindergarden during 4 years old.. Some kindy even except budak2 2-3 years old..


The cost of kindergarten skrg sangat mahal :( Cecah ribu2 utk registration :( monthly plaks ada yg almost RM1k.. erk.. mana pulaks nak carik budget ni?

So, since early of the year lagik, aku dah try survey nearby kindergarden for Zarif. Requirement aku simple.. nak English Islamic kindy. Kalau boleh, yg ada taska sekali, so that, Zarif tak perlu transit kat tempat lain..

Tapi, bile difikir2kan, aku dulu pon Tadika Kemas jerk.. ehehheheh


Kat current taska pon, Zarif learn a lot.. Takdela takat datang-main-makan-mandi-tido-balik.. Alhamdullilah, I'm satisfied with his progress so far.. boleh kenal ABC, boleh kira till 10, boleh baca Al-Fatihah etc..

Aware that ada anak2 orang lain yg progress lagik pantas.. Contoh, able to read during 3 years old etc. Should I worried? I dont think so, sebab dulu aku belajar benda2 basic cam ABC semua time tadika umur 6 tahun..

After discuss with hubby, we all decide for NOT to send Zarif to kindy next year. After many areas has been considered, we believe better next year die stay dulu kat Taska Al-Humairaa nie.. Maybe just enroll die dalam weekend class etc jer dulu.

But, based on the survey and for my reference next year, i've shortlisted CIC or Little Caliphs.. because both memenuhi criteria. CIC only ada 1 branch kat Seksyen 9, BBB while LC ada a few branch kat BBB (Seksyen 3, 7, 8 and 9). Genius Aulad pon nampak menarik, tp sebab die kat atas rumah kedai, terpaksa reject.

Ramai kawan2 aku yg anak sebaya ngan Zarif.. Korang start hantar anak g tadika ke next year?

http://school.familyeducation.com/preschool/school-selection/38805.html

Wednesday, September 19, 2012

:: Stray Dog ::

Kawasan rumah aku sekarang, mmg banyak stray dogs.. more than 10 ekor rasanya.. I already lodge complaint to MPKJ


And then, last Monday, terdengar bunyi anjing asyik menyalak.. rupa2nya, seekor anak anjing terperangkap dalam longkap..

The next day nyer, terdengar bunyi anjing tu lagik.. Hubby pon carikla anjing tu.. kesian sangat kat die sebab dah 2 days terperangkap..

Hubby carik kayu/ papan to rescue the dog.. tapi, rupa2nyer, ada 3 ekor anjing besar, the family le kot, tgh tunggu.. mmg tak boleh nak dekat sebab biler dekat je, anjing tu kejar...

So, I call 999 as i dont know who else to call... 999 (operator tak berapa nak mesra alam.. uhuh) transfer the case to Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA Kajang call me, approximately 20 mins later and bagitau yang diorang akan datang malam tu jugaks..

Sadly, diorang tak tau jalan nak pegi ke rumah aku, sebab area baru and agak tersorok.. and bile die call nak tanye jalan, me & hubby tak perasan bunyi phone. By the time kitorang perasan dah pukul 12 lebih and time tu dah takde bunyi anjing tu.. So, I assume that anjing tu dah survive.. We inform JPA and diorang suruh kitorang call balik if terdengar lagi bunyi anjing tu..

And then, kelmarin (Monday), we heard the dog again.. kitorang ingatkan anjing lain la kan.. sebab dah almost a week tak dengar bunyi anjing tu...

Balik keje semalam (Tuesday), dengar lagik bunyi anjing tu.. time tu  bunyi die dah slow sangat.. dah macam mengerang.. mmg sedih sangat.. rasa nak menangis je dengar..

So, hubby call JPA again and JPA suruh we all call Malaysia Independent Animal Rescue.. MIAR came within 30mins.. and they managed to rescue the dog.. waktu berjaya keluarkan anjing tu, all the big dogs datang.. sebab terdengar bunyi anak anjing tu.. tp, diorang tak berani nak dekat.. tapi aku dah bertempiaran lari masuk rumah.. huhuhuuh

The dog is too weak.. mmg tak larat sangat nak berdiri/ berjalan sendiri.. So MIAR take her to vet.. and they said that they will return the dog to the family after she recover...
Pic posted by MIAR

But, pagi tadik, when hubby check MIAR's FB page, found out that the dog dah mati.. Sedih sangat... berkaca2 mata aku tahan nak nangis coz I felt so guilty.. If I call MIAR earlier, the dog may survived :( Mmg sedih sangat2.. I already crying when I am trying to write this story..

Dear puppy.. I'm so sorry for not helping u earlier.. I'm so sorry for become so ignorant.. I'm truly sorry.. RIP..


Tuesday, September 18, 2012

:: JaMeeLa ::

I'm so in love with Jameela... Jovian's creation for Raya Haji..


So, lepas kachiwa, tak dapat pre-order waktu Jovian's open house, I am super excited bile dapat tau pre-order open at ThePoplook too :)



So, dari kul 9.50pagi, i keep on refreshing the page...

Finally, manage to purchase Jameela...





BUT.. tak perasan that I accidentally purchase 2 pairs.. instead of 1!!! Aku nak buat apa 2 pasang baju yg sama kan? Argh.. tensen!!

So, I'm calling for any1 yang willing to buy Jameela from me.. size L.. at the original price of RM400, feel free to email me at missndayana@yahoo.co.uk ... or you can sms/ whatsapp me at 013-355-2005

Thanks!!

Friday, September 14, 2012

:: boy ::

Zarif : mommy nak pegi mana tu?
Me : mommy nak pegi toilet... nak kencing..
Zarif : mana boleh.. mommy kan girl.. girl takde penis.. takde penis tak boleh kencing.. boleh berak jerk..
Mommy: huh.. apa2 la zarif...

After aku keluar toilet..
Zarif : mommy dah berak?
Me : dah..
Zarif : mommy takde penis?
Me : takde.. mommy kan girl..
Zarif : nak tengok boleh?
Me : eh, mana boleh.. malu la..
Zarif : ala.. boleh la, mommy..
Me : erk...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, September 13, 2012

Meja Makan ku!

Setelah lama pakai meja makan yg dah buruk... akhirnya, beli le jugaks meja makan baru...

Last week delivery, time tu hubby yg ada kat rumah..

Biler aku balik, tengok ada crack plaks kat meja tu!

ops.. berabuk la pulaks...

Argh!! Tensen.. Delivery Order dah sign..

cepat2 email customer service Macy. with picture, of course..  hopefully, they able to replace the meja.. given the fact that aku email to them less than 1 hour from the delivery time.

Semalam, org Macy dah call. die suh hantar full picture of the table..



So, now, crossing my fingers.. hopefully dapat replace.. if not, sakit mata je tgk crack tu :( mmg la tak nampak sangat.. but still, kan?


p/s: Lepas dah beli meja yg ni, baru ternampak promotion lorenzo.. makan hati ler aku..uhuhuhu



Monday, September 10, 2012

:: Jovian ::

Drooling.... over this..

Should i.. or should i not?? Oh Jewel, Jameela & Jovanita...

p/s: hubby, isteri awak nak pegi open house JM ari ahad ni, boleh?


Wednesday, September 5, 2012

:: BanJiR ::

Argghhh tension!!

Semalam, kuar ofis before kol 6.. Jalan jem teruk sangat...Dalam hati terfikir.. mesti sebab hujan ni.. sebab langit mmg gelap gulita..

Sampai tol Sg Besi kol 7.. Sejam weh.. bercinta giler..

Ingatkan pas tol sg besi dah ok.. rupanyer, lagik teruk!! Bayangkan aku sampai exit UPM Serdang to pukul 9.40!! Yerk.. 2 jam 40 minit from sg besi to upm.. yg normally took around 5 minutes je tu...

kaki dah sakit giler dah.. mmg tak larat sangat2.. so, aku terus mencelah kiri.. nak keluar exit UPM.. tak sanggup nak redah sampai exit Kajang... since kerete mmg banyak and tak bergerak and motor pon banyak.. mmg struggle jugaks le nak melencong ke kiri tu..

Mmg bernas instinct aku nak keluar tol UPM sebabnyer, antara tol UPM and tol kajang, laluan dari kedua2 arah ditutup.. yer.. ditutup terus sebab banjir.. so, org kene choose either nak tunggu or u-turn.. bayangkan nak u-turn celah mana kat tgh2 highway yg penuh ngan org tu kan?

Bile sampai rumah, masalah tak selesai lagik.. sebabnyer, jambatan nak masuk taman rumah ku itu pon banjir!! risau jerk bile hubby citer rumah2 banglo kat area depan taman rumah kitorang tu tgh sibuk membasuh rumah sbb air masuk rumah..

Around 10.30 gaks ler baru boleh meredah air banjir yg dah start surut tu.. Alhamdulillah air tak masuk rumah kitorang.. uhuhuhuhuh

Ni gambar2 banjir semalam yg aku dapat hasil carian google :)

berpicnic di lebuhraya


From twitter #kltu


Ni pulak gambar from lowyat.. highway kat besraya (sebelah je dgn plus highway)

Komuter Station Serdang

More pics for banjir kat kawasan rumah ku, Sg Ramal Luar.. Blog from Adun bangi
http://drshafie.blogspot.com/2012/09/hujan-amat-lebat-banjir-banyak-tempat.html